ANWAR IBRAHIM MENEMPLAK MENTERI BESAR SELANGOR KHALID IBRAHIM


Disengajakan atau tidak, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim telah menemplak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kerana dikatakan gagal menguruskan wang kerajaan negeri itu dengan baik.

Lebih memburukkan hubungan kedua-dua pemimpin PKR ini ialah templakan itu dibuat Anwar di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum ini, Khlid Ibrahim pernah berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Senario itu pastinya membuatkan imej dan maruah Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tercalar.

Lebih memburukkan keadaan apabila Anwar membandingkan pencapaian Khalid Ibrahim dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tanpa segan silu Anwar memuji Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh”, tegas Anwar Ibrahim.


Tindakan Anwar mengkritik prestasi Abdul Khalid itu dilihat agak pelik kerana beliau sendiri merupakan Penasihat Ekonomi kerajaan PKR Selangor.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger