ANWAR IBRAHIM KINI KUDA TUNGGANGAN DAP


Demi kepentingan politik, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sanggup menghentam dan merosakkan imej Menteri Besar Selangor yang juga pemimpin PKR di hadapan khalayak ramai.

Lebih memburukkan keadaan apabila Anwar memuji dan membandingkan prestasi Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh”, tegas Anwar Ibrahim.

"Tindakan mengkritik Abdul Khalid secara terbuka ini seperti mengesahkan Anwar mahu Azmin yang sepatutnya menjadi Menteri Besar.

Juga, sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan PKR Selangor, Anwar Ibrahim juga harus dipertanggungjawabkan sekiranya kecaman terhadap Khalid Ibrahim bahawa ekonomi Selangor kini dalam keadaan kritikal.


Selaku Penasihat, dia perlu membantu Abdul Khalid, bukan hanya menuding jari dan menyalahkan orang lain
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger