ZAIRIL MELAYU DAP MAHU ABU MAYAT CHIN PENG DIBAWA PULANG KE MALAYSIA


Seperti sedia maklum, kerajaan Malaysia bertegas tidak akan membenarkan sama ada mayat atau abu mayat mendiang Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia walau apa cara sekalipun.

Tetapi, tidak bagi Pakatan Pembangkang yang secara terang lagi jelas menyokong abu mayat Chin Peng dibawa ke Malaysia. Sehingga kini Pakatan Pembangkang sedang cuba memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa ke Malaysia.

Bagi orang Melayu DAP, Zairil Khir Johari larangan kerajaan Malaysia seperti yang telah ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu suatu yang bersifat populis.

Menurut Zairil lagi, larangan kerajaan membenarkan abu mayat Chin Peng masuk ke Malaysia bagi mengelakkan pihak tertentu membina tugu peringatan hanyalah satu kenyataan yang 'populis' sedangkan mendiang bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara.

Malah dengan angkuh, Zairil telah menyifatkan isu keganasan dan kekejaman PKM sebagai kes yang telah selesai dan tidak masuk akal jika abu mendiang juga digeruni oleh mana-mana pihak.

Tanpa rasa segan Zairil menunding kesalahan itu terhadap kerajaan  dan menteri dengan mengatakan tindakan itu sebagai melampau (over react) kerana bukan sahaja Chin Peng sudah mati bahkan perjuangan ideologi komunis yang dibawanya dahulu itu juga telah terkubur.

Lebih membodohkan kenyataan Zairil itu ialah mengaitkan ketegasan Menteri Dalam Negeri itu sebagai cubaan untuk meraih undi bagi mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden UMNO.

Malah tidak keterlaluan ramai bekas pejuang dan rakyat yang hidup pada zaman komunis masih ingat akan kekejaman komunis dan Chin Peng biarpun pengganas itu sudah mati. Biarpun Chin Peng sudah mati namun keganasannya masih tetap diingati hingga menimbulkan kemarahan rakyat.


Bagi Zairil yang tidak hidup pada zaman komunis, kenyataannya membela komunis dan Chin Peng itu dianggap sebagai penderhaka kepada rakyat Malaysia. 
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
September 24, 2013 at 10:10 AM

ZAIRIL LAHIR HASIL PERMANIAN BERADAS AIR MANI KOMUNIS DGN KHINZIR..

Anonymous
September 24, 2013 at 10:16 AM

Tidak ada setitis pun darah melayu pada si zairil ni..dia cuma gunakan nama bapa tiri dia saja..Tan Sri Khir Johari...orang melayu jangan terpedaya...

Anonymous
September 24, 2013 at 12:11 PM

nama aje...perangai jiwa jasad idak melayunya...isu silaknat chin peng penyembelih ni matikan aje kerana yang beria-ia nak timbulkan ini adalah dari keturunan puak-puak komunis dulu juga.tak kira le keturunan apa pun.bukan ke puak ini tak ada agama

Anonymous
September 24, 2013 at 6:12 PM

Bukan saja Dapig dan Pkr yg menyokong Chin Peng bahkan parti yg kononnya memeprjuangkan Islam iaitu Pas turut bersekongkol .Apa dah jadi dgn Pas.Pemimpinnya dah tak tahu bezakan komunis adalah anti agama dan pengganas Chin peng adalah kepalanya.Oleh kerana takut kehilangan undi komunis dan takut disergah "berdehem" Dapig pemimpin2 Pas spt Matsabu hilang akal.

Anonymous
September 25, 2013 at 7:20 PM

bangsat punya orang mcm ni...

Anonymous
September 26, 2013 at 12:01 AM

Melayu Melayu yang mudah lupa..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger