WAN SAIFUL WAN JAN MAHU KERAJAAN HAPUSKAN SEMUA ‘SUBSIDI’ BARANGAN


'Lain kali, jangan beri subsidi'. Demikian reaksi Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan ketika diminta mengulas soal tindakan kerajaan yang terpaksa mengurangkan subsidi bagi petrol dan diesel.

Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen telah mengundang pelbagai reaksi dengan kebanyakannya mengkritik kerajaan. Tidak kurang juga yang bersetuju dengan kerajaan dalam menaikkan harga minyak disebabkan kerajaan mahu menaikkan BR1M dan membelanjakan wang subsidi itu untuk pembangunan.

Manakala, bagi Wan Saiful Wan Jan mahu kerajaan menghapuskan semua bentuk pemberian subsidi. Malah, tindakan kerajaan mengenakan subsidi barangan sejak dari awal lagi dilihat suatu langkah yang kurang tepat.

Menurutnya, ketika kerajaan sudah tidak mampu lagi menampung kos subsidi tersebut dan terpaksa mengurangkannya, golongan berpendapatan rendah paling teruk menerima kesannya.

"Pengajaran utama daripada pengalaman yang perit ini, lain kali jangan beri subsidi sebab apabila kita nak berhentikan... ketika kita tak mampu nak teruskan lagi, yang sakitnya adalah rakyat yang berpendapatan rendah.

"Jadi, kalau tak nak melalui pengalaman seperti ini, jangan ulang dasar-dasar yang mensubsidikan rakyat. Kadar hutang negara pun tinggi. Benda-benda ini perlu diperbetulkan tetapi asal-usul masalah ini adalah dasar kerajaan yang berbelanja berlebihan.

Kenaikan harga minyak itu turut memberi kesan ke atas harga barangan keperluan lain. Ini sememangnya akan berlaku kerana setiap peniaga mahukan untung sekaligus ini membebankan rakyat bawahan.


Perkara ini perlu dilakukan (kurangkan subsidi pada barang lain). Terlalu banyak benda yang subsidikan, harga yang dikawal oleh kerajaan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger