USAHA MAT SABU MENGEKALKAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS KIAN PUDAR


Apa sahaja yang keluar daripada mulut Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, maka itulah yang termaktub dan harus diikuti pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Inilah yang berlaku ke atas masa depan politik Mohamad Sabu @ Mat Sabu yang memegang jawatan Timbalan Presiden PAS.

Nik Aziz dalam kenyataannya sebelum ini mahu jawatan Timbalan Presiden PAS disandang golongan ulama bagi mengembalikan PAS ke landasan yang betul dalam memperjuangkan Islam.

Pandangan dan cadangan Nik Aziz itu disambut baik oleh beberapa pemimpin PAS di pelbagai peringkat termasuk pemuda, muslimah dan PAS di peringkat negeri.

Pada pemilihan PAS sebelum ini, Mat Sabu telah berjaya mengalahkan penyandang Nasharuddin Mat Isa yang merupakan dalam golongan ulama. Pada pemilihan itu, Mat Sabu telah mendapat sokongan penuh daripada golongan profesional yang juga penyokong kuat Anwar Ibrahim (Anwarinas).

Bagi Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berpendapat, memandangkan parti itu memperjuangkan Islam, maka jawatan tersebut perlu diisi dengan calon yang mendalami Islam.

“Jawatan presiden dan timbalan presiden adalah tunjang parti. Sebab itu ia perlu digalas oleh mereka yang betul-betul mendalami Islam.

Nampaknya, pemilihan PAS akan datang ini akan memperlihatkan rombakan besar-besaran yang membawa kepada transformasi. Selain hilang pengaruh politik kepada DAP, PAS juga kini perlu mengukuhkan dirinya untuk bersaing dengan PKR yang kini dilihat mengatasi kepopularan yang dinikmati PAS sebelum bergabung dalam Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 14, 2013 at 10:36 AM

Nik aziz kata setiap ahli pasTIPU adalah ULAMAK! Tengok muka mat dapu no ada tokoh ulamak ke? Tapak kaki ulamak pun tak ada...selipar jamban adalah..dgn perangai yg tak macam org nak jadi ulamak....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger