TIMBALAN PRESIDEN PAS: MASA DEPAN MAT SABU TERGUGAT DAN MUNGKIN ADA PENYANDANG BAHARU


Jika mahu melihat PAS relevan dalam konteks politik sekarang, sewajarnya kepimpinan PAS terdiri daripada golongan ulama dan bukannya profesional.

Itulah yang dimaksudkan Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan, memang ditujukan kepada orang nombor dua parti itu, Mohamad Sabu @ Mat Sabu.

Kekalahan penyandang terdahulu, Nasharuddin Mat Isa kepada Mat Sabu telah memberikan tempias yang amat dahsyat di samping kebangkitan golongan profesional yang memihak kepada Anwar Ibrahim.

Sama ada ia transformasi atau reformasi, ternyata Nik Aziz mahu jawatan Timbalan Presiden PAS disandang kembali golongan ulama yang selama ini mendominasi kedua-dua jawatan tertinggi PAS.

Melihat kepada sumbangan dan jasa yang dilakukan Mat Sabu dalam tempoh pemerintahannya selama satu penggal, banyak perkara yang memudaratkan PAS berbanding perkara yang memberi manfaat.

Selain tidak mempunyai persefahaman dengan Presiden PAS, Mat Sabu yang mempunyai kisah silam yang ‘menakutkan’ itu sebenarnya telah mencemarkan imej PAS. Lebih memburukkan keadaan, hubungan rapat Mat Sabu dengan kepimpinan Anwar Ibrahim sebenarnya telah menghancurkan PAS di mata rakyat.

Akibatnya, pada PRU-13 banyak kerusi yang dimenangi PAS sebelum ini telah tewas kepada calon BN-UMNO. Ini membuatkan jawatan yang dipegang Mat Sabu itu kian tergugat.

Malah, Mat Sabu merupakan antara pemimpin tertinggi PAS yang kalah dalam PRU-13 lepas.

Juga, adalah tidak mustahil Nik Aziz mempunyai calon sendiri (ulama) untuk diketengahkan dalam pemilihan PAS akan datang. Antara calon yang dikatakan menjadi pilihan Nik Aziz untuk jawatan Timbalan Presiden PAS ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob.

Pengaruh Nik Aziz terhadap PAS masih kuat. Sehubungan itu, gesaan dibuat itu mampu mempengaruhi Muktamar PAS akan datang.

Bagi Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat bahawa populariti Nik Aziz masih kuat dan menjadi rujukan kepada pimpinan parti.

“Mesej yang ingin di sampaikan beliau (Nik Aziz) selepas melihat situasi terdahulu selepas gelombang Anwarinas mengusai pemilihan parti kemudian diikuti kontroversi Syiah dalam parti membuatkan beliau mahu mengembalikan kegemilangan ulama dalam PAS.

“Ini juga usaha beliau memastikan masyarakat terus menerima PAS sebagai parti memperjuangkan Islam,” katanya.

Menurut beliau, antara calon berpotensi menggantikan Mat Sabu adalah Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Mereka mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang kuat dan layak untuk di ketengahkan, bagaimanapun sejauh mana penerimaan ahli parti masih belum boleh dijangka.

“Pada dasarnya, agak sukar untuk Nik Abduh menentang Mat Sabu, tetapi jika diberi peluang beliau layak memikul jawatan itu bukan sahaja beliau anak Nik Aziz tetapi keperibadian yang ada pada dirinya.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 14, 2013 at 10:33 AM

Mamat sapu ni bukan golongan professional pun! Belajar kat UiTM pun tak tamat. Nak kata ulamak, jauh sekali. Kalau pakar maksiat mmg dia pakar.....hai lah mat sapu.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger