TIADA LAGI KOMPROMI: PAS MAHU PKR PULANGKAN KEMBALI KERUSI TANPA BANYAK SOAL


Sudah kalah, jadi pulangkan mana-mana kerusi Parlimen yang sebelum ini bertukar milik ‘sementara’ dalam PRU-13 lepas tanpa sebarang sebab.

Itulah yang diluahkan Yang Dipertua (YDP) PAS kawasan Bagan Serai, Ramli Tusin dengan merujuk kepada kawasan Parlimen Bagan Serai dan DUN Alor Pongsu yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU-13 lepas.

Sudahlah dipinjam dan kalah, jadi tiada sebab lain untuk PKR memulangkan kembali kerusi itu yang sebelum ini telah dipinjamkan atas nama persahabatan.

Desakan ini bukan dibuat individu, tetapi seluruh ahli-ahli PAS di tiga cawangan parti itu iaitu dari Masjid Tinggi, Parit Haji Ali dan Parit Haji Taib dalam Mesyuarat Agung PAS cawangan serta dipersetujui untuk dibahaskan pada Muktamar PAS dijangka diadakan pada November hadapan.

Alasan utama usul bahas itu diterima bagi menyedarkan PAS Pusat bahawa punca sebenar kekalahan Pakatan Pembangkang di dua kerusi itu disebabkan undi protes penyokong Pakatan Pembangkang yang kecewa dengan masalah dalaman melanda PKR Cabang Bagan Serai.

Bagi DUN Alor Pongsu, PAS mengatakan kekalahan PKR di situ disebabkan pengundi kecewa dengan calon yang diketengahkan pucuk pimpinan PKR. Jika ini tidak berlaku pastinya PAS akan memenangi kerusi berkenaan.

Sehingga kini PKR masih belum lagi menemui kepimpinan PAS bagi menyerahkan kerusi Parlimen dan DUN yang dipinjamkan sebelum ini.


PKR harus menerima hakikat bahawa populariti Anwar Ibrahim masih belum boleh memberikan keyakinan kepada rakyat untuk menyokong PKR dan Pakatan Pembangkang biarpun calon yang diketengahkan mereka bersikap seperti Anwar.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

ApaiNgelai
September 14, 2013 at 2:00 AM

salam,

pulangkan kerusi jangan tak pulang. PAS atau PKR, dua2 kalau pegang kuasa tidak ada beza. Islam tetap rugi...

http://sarawakia.blogspot.com

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger