SHAMSUL KETOT DISAMAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI


Akibat membela Anwar Ibrahim tanpa usul periksa dan bersifat melulu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih manja dipanggil Shamsul Ketot telah disaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam isu qazaf.

Jamil Khir, menamakan Shamsul Iskandar sebagai defendan, memfailkan pernyataan tuntutan terpinda itu menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Shamsul Iskandar, yang juga anggota Parlimen Bukit Katil, untuk membatalkan writ saman tersebut.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Adnan Seman @ Abdullah mewakili Jamil Khir dan peguam Fahda Nur Ahmad Kamar, mewakili Shamsul Iskandar.

Ketika ditemui pemberita, Adnan berkata mahkamah menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak memprejudiskan defendan dan menetapkan empat hari bermula 4 Februari 2014 untuk perbicaraan selain menetapkan 13 November ini untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Jamil Khir mendakwa Shamsul Iskandar telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya ketika mengulas mengenai isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas ketua pembangkang itu (Anwar) yang ditayangkan secara langsung oleh RTM dalam satu forum bertajuk "Pengurusan Persepsi" pada 30 Mac 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa perkataan-perkataan fitnah tersebut membawa maksud bahawa beliau seorang yang menentang serta menghalang pelaksanaan undang-undang syariah berkaitan qazaf dan juga menyalahgunakan kuasa untuk menghalang pendakwaan qazaf seperti yang dituntut Anwar.

Jamil Khir, dalam pernyataan tuntutannya, juga mendakwa pada 31 Mac 2012 beliau telah membuat kenyataan kepada media bagi menuntut Shamsul Iskandar mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, namun defendan (Shamsul Iskandar) gagal berbuat demikian sebaliknya mencabarnya untuk berdebat.

Katanya, kenyataan fitnah itu sekali lagi dikeluarkan Shamsul Iskandar semasa ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Katil, di Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka pada 1 April 2012.

Jamil Khir mendakwa reputasi dan maruahnya terjejas disebabkan perkataan-perkataan fitnah itu yang ditayangkan secara langsung di saluran TV1 oleh RTM dimuat naik ke YouTube dan laman-laman web termasuk blog defendan shamsuliskandar.wordpress.com yang boleh diakses pengguna Internet.

Oleh itu, Jamil Khir menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang defendan mengeluar, menerbit atau mengedar sebarang kenyataan sama ada lisan atau bercetak, ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai.


Apakah selepas ini jika disaman, Anwar Ibrahim akan membantu Shamsul Ketot untuk membayar saman? Jika dikenakan melebihi RM2,000 maka akan Pilihan Raya Kecil yang seterusnya. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger