SEORANG LAGI PEMBELA KOMUNIS CHIN PENG DARI SARAWAK

  
Sudah dasar pembangkang, musuh dikatakan sebagai pejuang dan perwira. Mungkin disebabkan gagal memerintah, maka cara terbaik adalah dengan mengangkat komunis sebagai pejuang negara.

Larangan kerajaan untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng untuk disemadikan di Malaysia telah dijadikan isu politik bagi Pakatan Pembangkang. Ini berbeza pada masa dahulu di mana tiada seorangpun yang menghiraukan permasalahan komunis mahupun Chin Peng.

Namun, demi menarik sokongan rakyat khususnya kaum Cina maka Pakatan Pembangkang khususnya DAP cuba menjadi hero untuk membela musuh negara seperti komunis dan Chin Peng.

Malah tidak keterlaluan dikatakan idealogi Pakatan Pembangkang sama seperti idealogi komunis dengan melihat kepada penubuhan BERSIH dan pengibaran bendera Sang Saka Malaya.

Bagi Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kematian Chin Peng adalah satu kehilangan besar buat mereka. Jika rakyat Malaysia yang menjadi balu dan anak yatim disebabkan angkara komunis menyifatkan kematian Chin Peng sebagai suatu ‘kemenangan’, tetapi tidak kepada Pakatan Pembangkang.

“Larangan membawa abu mayat Chin Peng pulang ke Malaysia, negara kelahirannya, bagi saya ini perbuatan yang sangat kejam,” tegas Chong Chieng Jen.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) harus mengetepikan kepentingan politik ketika berdepan situasi seperti itu.

“Kalau bercakap mengenai perasaan keluarga anggota polis dan tentera yang mati ketika berjuang menentang komunis di bawah pemberontakan Chin Peng,  saya fikir Jepun ketika era penjajahannya telah membunuh ramai lagi rakyat Malaysia termasuk di Sarawak.

Idola mereka yang selama ini menjadi pujaan DAP dan Pakatan Pembangkang di Malaysia kini hanya tinggal abu.

Mungkin pemimpin Pakatan Pembangkang tidak kehilangan anggota keluarga semasa zaman komunis dan sebab itu mereka tidak sedikitpun berasa marah kepada komunis. Sebaliknya membela komunis sebagai pejuang negara.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membenarkan jasad atau abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.

“Tidak… kita tidak membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas sejarah hitam yang dilakukan, walaupun ada permintaan daripada ahli keluarganya.

“Tambah lagi, Chin Peng bukan lagi warga negara Malaysia, jadi kita tiada apa-apa kaitan dengannya. (Abu mayat) juga tidak dibenarkan,” ujar Najib.

Chin Peng atau Ong Boon Hua, 89 adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang tinggal dalam buangan di Thailand, meninggal dunia di Bangkok, awal pagi kelmarin (Isnin).


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 18, 2013 at 11:22 AM

Agaknya ... CP dah lantik penggantinya yg kini diperliment Malaysia.

Agaknya ... yg minta mayat/abu CP masuk Malaysia hanya membuktikan mereka adalah talibarut PKM yg dah dihalalkan dgn wajah baru seperti ... ... ... (isi sendiri)

Agaknya ... KDN tak ade SOP nak tangkap ahli dan talibarut parti-parti baru PKM ni ... nak kena tunggu parliment bersidang dulu.

Agaknya ... apa akan jadi jika abu CP dibawa masuk dan org Melayu dapat tahu ?

Agaknya ... KDN akan hanya ambil tindakan bila keadaan dah jadi teruk ... macam kes Lahad Datu.

Agaknya ... mereka dah tak de ball (baca : ..... )

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger