SARAWAK REPORT ‘FITNAHKAN’ TABUNG BAITULMAL SARAWAK


Bersandarkan sumber Sarawak Report yang terkenal dengan fitnah yang maha besar, AJK PKR Cabang Petra Jaya, Ramlee Mahtar dan Ketua Wanita PKR Sarawak, Nurhanim Hanna Mokhsen telah ‘menyerang’ Tabung Baitulmal Sarawak dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminta siasatan dijalankan berhubung dakwaan tentang penyalahgunaan jawatan dan salah urus tadbir dana TBS.

Akibat daripada laporan ke atas SPRM, pegawai TBS akan mengadakan sidang akhbar pada pagi ini bagi menjawab dan menangkis dakyah pemimpin PKR Sarawak itu yang dlihat serius dan boleh menjejaskan kreadibiliti TBS sendiri sebagai agensi yang berwibawa dalam soal zakat.

Sidang media itu akan diadakan di Kompleks Islam Sarawak itu oleh pegawai TBS sendiri bagi menjawab isu yang didakwa.

Kemunculan semula isu TBS ini merupakan gimik kembali PKR Sarawak yang senyap sebelum ini ekoran kekalahan besar buat mereka dalam PRU-13 lalu. Selepas kekalahan yang maha memalukan itu, PKR Sarawak terus senyap dan mencari isu yang boleh menghidupkan kembali mereka.

Sejak kalah, imej PKR Sarawak kian dilupai rakyat Sarawak dengan beberapa janji BN pada PRU-13 kini mula kelihatan dengan setiap janji akan ditunaikan sepanjang tempoh 5 tahun.


Kita lihat apakah pemimpin PKR Sarawak akan menjawab balik kenyataan yang diberikan pegawai TBS untuk diperdebatkan?
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

September 23, 2013 at 8:02 AM

Apabila Melayu jadi barua DAP, mereka akan jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri. Perkara tak betul difitnah asalkan dapat memenuhi kehendak DAP.

September 23, 2013 at 10:38 AM

Berani Kerana Benar.Diharap pihak pengurusan TBS memberi penjelasan yg sejelas2nya bagi menangkis fitnah.

Anonymous
September 24, 2013 at 3:48 PM

Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:

Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).

Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger