RPK: ANWAR MENGGAGALKAN USAHA BERSIH 2.0 DAN S.AMBIGA


Kenyataan blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) di dalam laman blognya yang mendakwa Anwar Ibrahim telah mengagalkan usaha BERSIH 2.0 untuk mereformasikan sistem pilihan raya negara ini telah mendapat perhatian pemimpin Pakatan Pembangkang.

Sama ada disuruh atau atas usaha mahu melindungi Ketua Pembangkang, pemimpin Pakatan Pembangkang telah menyerang dan membidas kenyataan RPK.

Salah seorangnya, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dengan tegas menyatakan kegagalan sebenar bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil itu sepatutnya dipikul kerajaan yang tidak komited kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih.

Oleh itu, adalah tidak wajar meletakkan beban membersihkan sistem pilihan raya negara ini di atas bahu Anwar Ibrahim semata-mata kerana "mensabotaj" usaha BERSIH 2.0 ke arah itu.

Dengan merujuk kepada kegagalan SPR, Salahuddin menyatakan komitmen dan melumpuhkan sindikit pengundi asing, itu wujud dalam suasana politik negara kita tapi ia masih tidak mencapai matlamatnya kita kerana kerajaan tidak berikan komitmen sepenuhnya untuk menyediakan pilihan raya adil dan bersih.


RPK juga telah menyebut BERSIH 2.0 telah melakukan kesilapan besar kerana bekerjasama dengan Pakatan Pembangkang yang lebih cenderung kepada menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger