PUNCA SURENDRAN DIHALAU KELUAR DEWAN RAKYAT


Apa sahaja perkataan yang hendak dicakapkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran berhubung tindakannya dihalau dari Dewan Rakyat hanyalah kepentingan politik bagi menjadi ‘hero’ India dan meraih publisiti.

N. Surendran cuba membangkitkan usul petisyen rayuan kes kematian dalam tahanan di Dewan Rakyat hingga mencetuskan kemarahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hingga memaksanya menghalau keluar Ahli Parlimen Padang Serai dari Dewan.

Sebelum keluar, Naib Presiden PKR itu bertegas dengan pendiriannya hingga memaksa kedua-dua perang mulut bagi mempertahankan diri. Dengan kuasa yang ada dan berasaskan peraturan Dewan, Speaker Dewan Rakyat itu menghalau N. Surendran.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengulas keputusannya menghalau keluar Naib Presiden PKR itu dari Dewan selepas berdegil dengan arahan supaya duduk dan menunggu sesi soal jawab selesai untuk mengemukakan sebarang petisyen.

"Dalam Peraturan Mesyuarat, memang tidak boleh membawa isu-isu yang ada kepentingan. Adakah (Surendran) semalam mempunyai kepentingan oleh kerana beliau peguam atau semata-mata agenda politik. Kalau beliau peguam kepada ahli keluarga tahanan terbabit, haruslah beritahu Dewan yang beliau ada kepentingan peribadi.

"Petisyen adalah rayuan, rayuan kalau di negara lain, boleh merayu di Parlimen jika sudah tidak ada tempat mengadu tetapi ada di luar sana.

Pandikar Amin berkata, dalam kes kematian dalam tahanan itu, Surendran menyatakan kerajaan harus mengambil tindakan mendakwa sesiapa yang bertanggungjawab di balai polis berkenaan.

"Tetapi apabila usul datang ke pejabat saya, saya rujuk menteri berkenaan. Menurut Kanun Tatacara Jenayah (CPC), mereka tidak boleh membuat pendakwaan, mesti ada inkues. Tetapi beliau (Surendran) tidak boleh tunggu dan mahu tindakan terus dibuat.

"Saya dilihat seperti tidak prihatin, tiada tindakan. Dalam kes ini, ada tindakan tetapi kenalah ikut prosedur-prosedur tertentu," ujarnya.

Beliau memberitahu, sebelum ini terdapat beberapa Ahli Parlimen yang dilihat 'berapi-api' berhujah dalam kes-kes tertentu dan selepas diselidiki, wakil rakyat terbabit merupakan peguam bela kepada anak guam membabitkan kes itu.

"Ini bercanggah dan saya tegaskan, dalam Peraturan Mesyuarat, tidak boleh ada kepentingan (bawa isu ke Parlimen)," jelasnya.


Jelas bahawa tujuan Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang mengemukakan hujah kes-kes di Dewan Rakyat adalah untuk kepentingan politik dan kepentingan memenangi kes di Mahkamah. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger