PENYOKONG PEMBANGKANG NILAIKAN CHIN PENG SEBAGAI PEJUANG


Di kala rakyat Malaysia berpesta khususnya mereka yang pernah kehilangan keluarga akibat keganasan komunis, sebaliknya penyokong Pakatan Pembangkang menangisi kesedihan pemergian Chin Peng.

Akibat perasaan benci terhadap kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga tidak ada perasaan sayangkan negara hingga menyebabkan semangat sayangkan komunis menjadi pilihan penyokong Pakatan Pembangkang khususnya anak-anak muda.

Pemergian Chin Peng telah ditangisi penyokong Pakatan Pembangkang seperti Khalid Mohd Ismath sehingga mengangkatnya sebagai pejuang. Tindakan itu tidak ubah seperti menderhaka kepada negara.

Sama ada buta sejarah atau berfikiran kebudak-budakkan itulah yang ada pada Khalid Mohd Ismith. Komunis dikatakan mereka sebagai pejuang?

Khalid dalam laman twitternya telah mengangkat ‘perjuangan’ Chin Peng sebagai berkata ‘jasanya membuka jalan kemerdekaan di Malaysia tidak akan dilupakan’.


Inilah anak didik Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang dengan musuh-musuh negara dan rakyat Malaysia seperti komunis ini diangkat sebagai pejuang ata perwira negara. Jika ini terus berlaku nescaya Malaysia akan menjadi negara komunis andai Pakatan Pembangkang memerintah.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger