PENGURANGAN SUBSIDI MINYAK DAPAT MENSTRUKTURKAN SEMULA FISKAL NEGARA


Pengurangan subsidi minyak sebanyak RM0.20 bermula jam 12.00 malam, 3 September 2013 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam telah membuatkan ramai rakyat Malaysia panik sehingga menyebabkan kesesakan di kebanyakan stesen minyak di seluruh negara.

Tinjauan di beberapa stesen minyak di Kuching mendapat kenderaan mula berbaris panjang sehingga 2 kilometer bagi mengisi minyak penuh. Begitupun tiada insiden buruk berlaku sebaliknya pengusaha stesen minyak tersenyum riang kerana jarang berlaku fenomena seperti ini.

Pengurangan subsidi minyak sebanyak RM0.20 mampu membawa kepada penjimatan sebanyak RM1.10 bilion tahun ini. Dan jumlah ini akan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Rasionalisasi subsidi itu bertujuan menstrukturkan semula fiskal negara agar pasaran yakin dengan keadaan ekonomi negara, sekali gus membantu mencapai sasaran mengurangkan defisit keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 3 peratus pada 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pengurangan subsidi itu dilihat sebagai kenaikan harga minyak tetapi ia merupakan salah satu proses pengukuhan ekonomi negara untuk jangka masa pendek dan sederhana.

"Ini adalah langkah untuk membantu rakyat juga. Ekonomi yang stabil akan memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah

Dalam sidang akhbar berkenaan, kerajaan mengambil keputusan mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini selepas mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal sebelum itu.

Najib berkata, impak pengurangan subsidi itu dilihat memberi kesan yang rendah kepada kadar inflasi dan tidak akan memudaratkan rakyat.

Menurut beliau, proses rasionalisasi subsidi akan tetap dilaksanakan secara berperingkat tetapi kesan bebanan kepada rakyat diminimumkan dan dalam masa yang sama jaringan keselamatan sosial seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dipertingkatkan.

"Kerajaan akan mengumumkan kenaikan BR1M pada pembentangan Bajet 2014 nanti dan begitu juga dengan pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


Pakatan Pembangkang pastinya akan tersenyum riang kerana kenaikan harga minyak ini akan menjadi tajuk utama pemimpin politik dalam meraih sokongan rakyat. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 3, 2013 at 8:34 AM

Hal kenaikan harga minyak itu pun ya jugalah. Namun to side track, ada orang yang devote diri beliau lebih kepada persiapan dunia akhirat. Sila baca luahan dari seorang Muslimah yang pernah menjadi KPSU Lumut yang coord dan menyiapkan Pengkalan TLDM Lumut juga bekas KP, Kem. Permahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau membuka pusat asrama utk anak yatim dan sekolah menengah Islam tahfiz dan memerlukan perhatian sumbangan dan bantuan fisabilillah dari kita. Sila hayati cerita beliau dalam subject Bas Sungai Manik pada webside : www.saffanskot22.com

Wassalam,
Z

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger