PEMUDA PBB CAWANGAN N.7 SAMARIANG AKUI KELEMAHAN PENTADBIRANNYA


Mesyuarat Perwakilan Pemuda PBB Cawangan N.7 Samariang telah selamat diadakan dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini biarpun berlaku pertandingan satu lawan satu dalam jawatan Ketua Pemuda.

Sebelum pemilihan berlangsung, kesemua anggota exco Pemuda PBB Cawangan N.7 Samariang sesi 2009/12 telah diberi peluang untuk berucap dan mengusulkan minit mesyuarat. Seperti biasa, bagi kebanyakan ahli baru Pemuda PBB Cawangan N.7 Samariang minit mesyuarat yang disertakan seakan-akan mengundang 1001 persoalan.

Selepas PRU-13 menyaksikan BN gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi disebabkan tindakan aggresif pengundi muda yang menyokong Pakatan Pembangkang khususnya di kawasan bandar. Perkara ini tidak terkecuali berlaku di DUN N.7 Samariang dan kawasan DUN lain yang berdekatan.

Harus diingat bahawa kawasan N.7 Samariang terletak di kawasan bandar dan tidak ketinggalan menerima tempias daripada pengaruh DAP dan PKR yang aggresif menawan hati pengundi muda. Jadi tidak mustahil golongan muda boleh terpengaruh dengan dakyah Pakatan Pembangkang menerusi usaha konvensional dan media sosial.

Exco telah ditanya mengenai data atau maklumat mengenai jumlah peratusan pengundi muda dan pengundi baru di DUN N.7 Samariang. Malangnya tiada seorang pun di kalangan ahli exco Pemuda PBB Cawangan N.7 Samariang sesi 2009/13 mempunyai jawapan dan dengan selamba mengatakan tidak tahu. Ini sangat mendukacitakan dan tidak harus berlaku ke atas kepimpinan yang dipilih ahli-ahli parti.

Ini kerana politik hari ini tidak sama seperti politik tahun-tahun sebelumnya. Walaupun mempunyai pengalaman lama dalam keterlibatan politik namun situasi politik hari ini berlainan sama sekali. Jika tidak mempunyai kemahiran politik yang dapat membaca pergerakan dan kemahuan pengundi muda dan baru, nescaya akan berlaku ketinggalan.

Malah, golongan muda pada hari ini mudah terdedah dengan pelbagai anasir-anasir luar secara langsung atau tidak langsung. Jika tidak ditangani secara kreatif alamatnya sia-sia sahaja perjuangan Pemuda PBB Cawangan N.7 Samariang.

Kini, jawatan Ketua Pemuda Cawangan N.7 Samariang telah bertukar tangan. Begitupun kepimpinan  ini masih dikuasai pemimpin exco yang lama. Jika sebelum ini En Mustapha bin Sharbini memegang jawatan Setiausaha (lantikan) tetapi pemilihan ini beliau telah dinaikkan pangkat apabila menang pertandingan pemilihan Ketua Pemuda PBB Cawangan N.7 Samariang dengan kelebihan 9 undi dalam situasi satu lawan satu.

Kejayaan BN di DUN N.7 Samariang dalam PRU-13 telah disumbangkan kira-kira 18,000 undi, tetapi ahli-ahli PBB yang direkodkan hanya kira-kira 4,000 lebih sahaja. Dengan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa exco Pemuda PBB sesi 2009/13 tidak membuat kerja.

Ini sangat berbeza dengan keazaman pemimpin dan ahli-ahli DAP dan Pakatan Pembangkang yang secara sistematik mengatur dan menganalisis paten pengundi muda.

Melihat kepada keadaan itu, jelas Pakatan Pembangkang seperti Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan lebih kehadapan berbanding Pemuda PBB sendiri. Jika ini terus berlaku dan tiada inisiatif ke arah penambahbaikan maka tiada apa yang dapat digambarkan lagi kecuali rebah di kemudian hari.

Juga kebanyakan aktiviti/program yang pernah diadakan lebih bersifat syok sendiri tanpa memberi kesan yang mendalam untuk menarik golongan muda menyertai PBB mahupun mendaftar sebagai pengundi baru.

Justeru, cabaran besar menanti Ketua Pemuda PBB Cawangan N.7 Samariang 2013/16 dan kalangan exconya untuk merealisasikan hasrat ahli-ahli Pemuda PBB Cawangan N.7 Samariang di peringkat ranting untuk mengadakan aktviti/program di peringkat ranting dan seterusnya menguasai politik semasa pada hari ini.


Ujian terbesar yang akan menanti Ketua Pemuda dan Exco Pemuda PBB Cawangan N.7 Samariang ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 akan datang dalam tempoh 2 tahun dari sekarang.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 15, 2013 at 7:22 PM

Bekas Setiausaha {dilantik Ketua)menang lawan bekas ketua beliau.Aiik..pelik..Exco yg lepas mengakui kelemahan pentadbirannya.Kekuatan ranting bukan bersandar kpd ketuanya seorang.Semua exco perlu bekerjasama.Kebiasaannya setiausaha merupakan pemimpin yg amat penting dlm menggerakkan ranting.Lemah setiausaha maka lemahlah ranting.

Namun,diucapkan tahniah kpd kepimpinan sesi 2013/2016.

Kemengan hari ini naklah jadi pembakar semangat PBB.Jgn tunggu 2014.Bergerak sekarang.

Anonymous
September 15, 2013 at 8:49 PM

Maksud penulis jawatan Setiausaha dalam mana2 cabang PBB merupakan jawatan lantikan.

Banyak perkara yang perlu dilaksanakan Pemuda di peringkat negeri mahupun cawangan jika mahu Pemuda PBB relevan dalam konteks politik Sarawak.

Hakikatnya sekarang Pemuda PBB jauh ketinggalan berbanding Pemuda DAP dan PKR dalam konteks strategi politik semasa.

Jika mahu BN menang dan terus memerintah Sarawak pastikan pengaruh orang muda tidak dipinggirkan.

Sekian.

Anonymous
September 19, 2013 at 8:42 AM

Setuju dgn sdr.Apa yg pelik ialah golongan muda tidak mahu menampilkan diri.Cuba rujuk response/ulasan bbp pemimpin muda."Kalau pemimpin sokong mengekalkan tampuk kepimpinan sediaada kita akur/sokong"..lebih kurang begitulah kesimpulan ulasan mereka.Kenapa takut nak menyuarakan apa yg tersirat dlm hati?Luahkan.

Sindrom tak yakin diri.Jgn hanya pandai bercakap di kedai kopi saja.

Pengaruh golongan muda (bawah 45 tahun)boleh mencorakkan hala tuju masa depan PBB.Sementara menanti golongan yg terlebih tua mengundur diri,maka pemuda perlu menyakinkan "bapa" bahawa pemuda pandai buat kerja.

PBB wajib diremajakan.Golongan tua wajib memikirkan masa depan bumiputera yg menyokong parti.Jgn mementingkan diri.Kalau rasa2 dah tidak dpt memberi idea baru kpd parti elok "pass the baton" kpd golongan muda.Tak payah tunggu masa ditumbangkan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger