PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG KECAM PENAHANAN A. SAMAD SAID


Banyak laporan dibuat oleh rakyat Malaysia sama ada menerusi orang perseorangan atau NGO’s berhubung kelakuan seorang tua bernama A. Samad Said yang pada malam ambang merdeka telah berucap menghina negara dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

Setelah beberapa hari menyembunyikan diri dan enggan menyerah diri, akhirnya A. Samad Said telah ditangkap untuk disoal siasat polis.

Seperti biasa penahanan A. Samad Said telah mencapat kecaman pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Nurul Izzah, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Fuziah Salleh dan pengkhianat negara S. Ambiga.

Mereka mempersoalkan tindakan polis yang bertindak menahan A. Samad Said dan meminta supaya orang tua itu tidak diapa-apakan ketika dalam tahanan. Juga, mahu A. Samad Said segera dilepaskan disebabkan faktor usia dan mengkritik penahanan itu yang disifatkan bukan jenayah berat.

Seperti seorang yang sedang meroyan, Nurul Izzah mahu polis tidak menzalami orang tahanan bagi tujuan mendapatkan keterangan.

“Jangan dizalimi mana-mana suspek sekalipun, semua orang sepatutnya diadili dengan betul.

“Jangan  hanya semata-mata untuk menjaga nama baik dan kredibiliti PDRM, sehingga berlaku kezaliman terhadap seseorang yang tidak bersalah,” tegasnya.

Fuziah Salleh, Ahli Parlien Kuantan juga mengecam penahanan A. Samad Said sebagai ‘membuang masa’.

Sebaliknya mendesak polis memberi tumpuan membanteras jenayah yang menggangu gugat keselamatan rakyat terlebih dahulu, berbanding memburu A. Samad Said.

Manakala menurut Ahli Parlimen Lenggong (BN), Shamsul Anuar Nasarah, beliau bersetuju dengan tindakan PDRM menahan Samad, kerana baginya Sasterawan Negara itu telah melanggar undang-undang negara dan sebagai rakyat Malaysia, beliau tidak terlepas daripada tindakan  undang-undang negara.

“Saya tidak bersetuju jika KDN dan PDRM memohon maaf kepada A Samad Said kerana menahan beliau ekoran insiden mengibar bendera alternatif Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-56 Jumaat lalu.

“Untuk apa permohonan maaf dilakukan, apa istimewanya beliau berbanding orang lain? Kerana bagi saya semua rakyat dalam negara tidak boleh melanggar undang-undang atau mengatasi undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, Shamsul berharap PDRM tidak melayani desakan pihak tertentu (yang mahu polis meminta maaf kepada Samad) kerana baginya penahanan tersebut dibuat mengikut prosedur.

“Pada saya penahanan itu telah dibuat mengikut prosedur dan polis juga telah ke rumah Samad pada petang Selasa tetapi beliau tidak berada di kediamannya. Samad juga diminta datang sendiri ke ibu pejabat untuk siasatan, tetapi dia sendiri tidak mematuhinya.


"Saya yakin penahanan dilakukan juga sebagaimana iannya dilakukan  oleh pihak polis kepada orang lain. Sebab itu pada saya kalau beliau berani melakukan kesalahan yang memalukan dan mencemarkan lambang negara kita, mereka memang layak menerima hukuman kerana melakukan tindakan yang menghasut rakyat. Sebab itu, kenapa pula ada pihak yang menyalahkan polis dan KDN?” tegasnya.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 7, 2013 at 9:02 AM

Ekk elehhhh ! cakap polis zalim...demo dgn bebudak tgh malam buleh pulok...tangkap tgh malam tak buleh ekk ? Sebenor nye Tok janggut ni menzalimi diri nya sendiri...apa pekdah nya?

Anonymous
September 7, 2013 at 9:18 AM

Bila dah kantoi baru sebut faktor usia. Usia sebegitu patut dok masjid je atau gi tunaikan haji atau umrah. Bila le nak pandai berfikir....

Anonymous
September 7, 2013 at 10:01 AM

Kekedang terfikir adakah pak samad ini seorang atheis?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger