PAS MAHU LIM GUAN ENG DAN PEMIMPIN CINA DAP TONTON FILEM TANDA PUTERA


Mahu sembunyikan ‘sejarah’ sebenar kebiadapan orang Cina dalam mencetuskan tragedi 13 Mei hingga membantah penayangan filem Tanda Putera di Pulau Pinang adalah sesuatu tindakan yang tidak bijak.

Kenapa perlu membohongi sejarah jika sejarah itu adalah kebenaran? Apakah Lim Guan Eng cuba untuk menafikan segala-galanya yang telah berlaku?

Untuk itu, PAS telah meminta rakannya dalam DAP termasuk Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang supaya menonton filem itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan provokasi seperti membatalkan penayangan filem itu di Pulau Pinang.

Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu merupakan salah satu medium terbaik menyebarkan fakta sejarah kepada generasi pasca merdeka, sekali gus yakin semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya melakukan kajian terperinci.

Menurutnya, pihak yang berasakan terdapat kesilapan dalam pembikinan Tanda Putera selepas menonton filem itu boleh membincangkannya secara membina untuk diperbetul bagi kepentingan generasi akan datang.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyiarkan filem itu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara atau lokasi khusus bagi semua pemimpin menontonnya dan membuat penilaian.

"Bagi saya filem itu berasaskan fakta sejarah, jadi semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya mesti membuat kajian, buat satu cerapan mengenai fakta-fakta yang mahu dipertontonkan sama ada di peringkat penulis skrip, pengarah atau penerbit.

"Saya yakin kajian sudah dibuat sebab jika tidak dan fakta itu salah, maka akan dikritik, ditohmah dan macam-macam lagi kerana kita tahu sejarah tidak boleh diubah. Cuma untuk berlaku adil saya mencadangkan tontonlah dulu.

Justeru itu timbul satu cadangan supaya filem Tanda Putera itu ditayangkan di Parlimen bagi memberikan semua Ahli Parlimen termasuk Barisan Nasional, DAP, PAS, PKR mahupun Bebas menilai sendiri jalan cerita filem itu.


Rakyat Malaysia yakin bahawa tidak semua Ahli Parlimen menonton filem di pawagam termasuk Lim Guan Eng sehingga membuatkan dirinya mengeluarkan kenyataan yang berbelit dan bohong.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger