PAS MAHU KERAJAAN MENURUNKAN KEMBALI HARGA PETROL DAN DIESEL


Jika Wan Saiful Wan Jan mahu kerajaan menghapuskan subsidi sekaligus mengapungkan harga minyak pertol dan diesel mengikut harga pasaran, tetapi bagi Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mahu kerajaan menurunkan kembali harga petrol dan diesel mengikut harga sebelumnya.

Harga minyak petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan sebelum ini sangat murah dan memberikan banyak kebaikan kepada rakyat. Namun, bermula 3 September pengurangan subsidi yang diambil kerajaan telah menyebabkan harga minyak naik sebanyak 20 sen menjadikannya harganya sebanyak RM2.10 seliter.

“Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen dilihat membebankan rakyat. Ini kerana kerajaan tidak boleh meletakkan bebanan ekonomi ke atas bahu rakyat susulan kegagalannya menguruskan ekonomi dengan baik”, tegas Nasrudin Hassan lagi.

“Penurunan itu haruslah disusuli dengan pembentangan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi meningkatkan hasil dan menambahkan penjimatan akaun negara.


“Kenaikan ini secara lazimnya akan menyebabkan kesan gandaan drastik kepada harga barangan dan perkhidmatan yang pastinya membebankan masyarakat khasnya golongan marhaen dan kelas menengah yang sedia tertekan dengan peningkatan kos sara hidup tinggi,” katanya lagi.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

September 8, 2013 at 4:18 AM

info menarik, tq for sharing

My update: Suara Ajaib: Lesen Halal di Alibaba kan

September 12, 2013 at 10:39 AM

aritu cakap harga rm1.90 tu mahal ,,arini blh ckp murah pulak

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger