PAKATAN PEMBANGKANG MAHUKAN NEGARA TIDAK MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG


Jika desakan Pakatan Pembangkang mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan kononnya atas sebab hak asasi manusia, kerajaan telah laksanakan termasuklah memansuhkan undang-undang EO di mana membebaskan tahanan yang dibuang daerah yang kebanyakannya merupakan bekas pembunuh upahan, pengedar dadah dan ada yang perompak ganas.

Dengan pemansuhan ISA dan EO telah mengakibatkan keganasan di Malaysia semakin berleluasa kerana kerajaan masih lagi menangguhkan undang-undang bagi menggantikan ISA. Akibatnya kekejaman kongsi gelap ke atas rakyat dan terbongkarnya pembunuhan upahan serta kejadian rompakan yang berleluasa.

Untuk itu, Menteri Dalam Negeri menegaskan kepada pemimpin Pakatan Pembangkang bahawa pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang akan dibawa ke Dewan Rakyat bagi perbincangan sangat penting untuk membanteras jenayah yang kini berleluasa.

Tiada istilah ‘zalim’ dalam PCA 1959 ini memandangkan ia bertujuan untuk membanteras jenayah dan mengurangkan kadar keganasan yang kini menghantui rakyat Malaysia. Untuk itu, jika Pakatan Pembangkang mahu kadar jenayah yang meningkat sekarang ini turun dan ‘menjaga keselamatan rakyat’ maka pemimpin Pakatan Pembangkang perlu menyokong pindaan PCA 1959.

Kerajaan tidak melihat pindaan PCA 1959 ini sebagai suatu undang-undang untuk menzalimi penjenayah sebaliknya menghukum mana-mana rakyat yang terlibat dengan jenayah dan mengancam keselamatan rakyat dan negara wajar menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang dibuat mereka.

"Tidaklah (bukan kembali kepada ISA). Itu adalah pindaan selari, kerana apabila PCA dipinda, ia juga melibatkan 10 undang-undang lain.

"Oleh itu, pindaan selari dilakukan supaya tidak bercanggah dengan pindaan yang akan dibuat oleh saya dalam akta itu (PCA) nanti.


Ahmad Zahid akan membuat penjelasan berhubung pindaan itu di Dewan Rakyat pada 30 September ini sekali gus meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat tafsiran sendiri mengenainya.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 27, 2013 at 5:18 PM

Dap Swak Chong dah awal lagi tidak bersetuju dgn pindaan Akta Pencegah Jenayah 1959.Balik ke zaman ISA katanya.

Chong tidak nampakkah hasil Ops Cantas? Beribu gangster telah ditangkap.Maka kuranglah jenayah.

Apa ditakut dgn pindaan tersebut jika kita tidak terlibat dgn jenayah?Hanya penjenayah yg rasa gusar dan takut.

Dgn pindaan tersebut pihak PDRM boleh menahan suspek selama 74 hari? utk tujuan menyiasat.Itu saja.DAN akta tersebut akan DIPERLUASKAN ke Sarawak dan Sabah.Elok sekali.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger