LIM GUAN ENG: KAMI TAKUT CITA-CITA DAP TIDAK TERCAPAI


Kontroversi melibatkan DAP kian parah apabila arahan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mahukan parti itu mengadakan pemilihan semula jawatan kuasa pusat (CEC) tidak menyenangkan hati sesetengah pemimpin tertinggi DAP yang menang dalam pemilihan semula CEC penghujung tahun lepas.

Begitupun, bagi Setiausaha DAP, Lim Guan Eng mereka terpaksa mematuhi arahan ROS itu demi masa depan DAP itu sendiri. Jika tidak DAP akan mati dan berkubur tanpa sebarang batu nisan.

Malah, cita-cita DAP di Malaysia sejak penubuhannya tidak akan tercapai jika DAP berkubur. Hanya sedikit masa lagi cita-cita DAP akan tercapai dengan kebangkitan rmasyarakat Cina menentang BN dan menyokong Pakatan Pembangkang.

“Kali ini kami takut dan tidak akan lawan kerana kesannya bukan hanya pada pemimpin DAP, malah ia melibatkan parti DAP,” kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

“Jika lawan (arahan) ROS, seorang, dua atau tiga pemimpin yang masuk penjara, kami tidak hairan. Ia memang biasa dengan kami.

“Bagaimanapun jika kali ini tidak berjaya, mangsanya adalah DAP. Mungkin DAP akan terbatal pendaftarannya,” katanya ketika dialog Bersatu menentang ROS menakluki DAP bersama Ahli DAP Perak.

Dalam dialog itu, Pengerusi Karpal Singh menegaskan DAP boleh menang dalam menentang arahan ROS di mahkamah. Namun, ianya mengambil masa yang lama lebih kurang setahun.

Jika ini berlaku maka pemimpin dan ahli-ahli DAP tidak berparti disebabkan kesan penggantungan.

"Dalam tempoh berkenaan pelbagai perkara boleh berlaku malah dalam setahun mereka tiada parti yang diibaratkan sebagai rumah.

“Kita tiada rumah, pemimpin tiada rumah, 150,000 ahli juga tiada rumah. Bagaimana kita hendak hidup, tidur dan mendapatkan perlindungan.

“Kali ini kami memang sangat takut, pemimpin DAP menasihatkan agar jangan berlawan, masuk penjara tidak mengapa tetapi parti akan hancur.

Untuk itu mereka tidak akan mengambil sebarang risiko dan akan menjalankan pemilihan semula pada kongres khas 29 September depan.

Sebelum ini, ROS mendakwa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada Disember lalu, tidak sah.


Sekurang-kurangnya 2,576 delegasi dari 985 cawangan akan memilih 20 calon dalam pemilihan CEC.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger