LARRY SNG DAN SWP SEMBAH CHONG CHIENG JEN UNTUK SERTAI PAKATAN PEMBANGKANG


Keputusan ROS meluluskan penubuhan 5 parti baru di Sarawak telah menyebabkan Parti Pekerja Sarawak (SWP) menyertai Pakatan Pembangkang sekaligus memadamkan hala tuju SWP sebelum ini yang dikatakan mesra BN.

Presiden SWP, Larry Sng terpaksa tunduk dan melutut kepada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sebagai tanda hormat terhadap DAP dan Pakatan Pembangkang.

Jika dahulu, Larry Sng berperang dan bertikam lidah dengan parti caunavis Cina itu, tetapi sekarang tidak lagi dan terpaksa tunduk hormat.

Tiada pilihan kerana itulah satu-satunya cara untuk survival politik di Sarawak yang kini dilihat lebih memihak kepada BN.

SWP percaya DAP sangat relevan dalam politik di Sarawak berbanding PKR dengan melihat kesungguhan yang ditunjukkan DAP yang kini meluaskan pengaruhnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“SWP dan DAP bersetuju untuk bekerjasama untuk memaksimumkan kekuatan dari segi jumlah penyokong dan tidak perlu bagi parti pembangkang berebut sesama sendiri dalam kancah politik yang kini begitu sesak”, tegas Larry Sng lagi.


Menurutnya, pihak pembangkang seharusnya mengumpul segala sumber dan menyalurkan mesej sebagai satu kumpulan dan DAP sebagai tulang belakang Pakatan Pembangkang harus mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan bersama parti-parti pembangkang lain.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger