KERANA 20 SEN AMK SARAWAK MAHU ANCAM KESELAMATAN RAKYAT DI JALAN RAYA


Mahu dilihat sebagai hero memperjuangkan kebajikan rakyat, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak akan menganjurkan perarakan jalan kaki 20 sen bermula dari bangunan Wisma Hopoh ke Padang Merdeka.

Acara ini dijadualkan diadakan pada 28 September (Sabtu). Bagi menguar-uarkan misi mereka untuk mencapai peserta yang ramai, penganjur (AMK Sarawak) mengadakan sidang akhbar di Kuching.

Menurut penganjur, perarakan ini bertujuan sebagai membantah kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini. Kononnya sebagai membela rakyat, AMK akan turun padang dan mendesak kerajaan. Namun, perbuatan mereka ini benar-benar mengancam keselamatan orang ramai termasuk pengguna jalan raya.

Atas nama Pembangkang, AMK sanggup menyusahkan pengguna jalan raya biarpun jarakknya dianggarkan sejauh 1 kilometer sahaja. Selain membahayakan peserta, penganjur juga tidak mempunyai permit untuk berhimpun.

Menggunakan platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO), AMK yang ahli-ahlinya merupakan pendukung NGO yang menentang kerajaan cuba untuk meraih populariti. Pada ketika ini selepas PRU-13 populariti NGO Pakatan Pembangkang semakin turun ekoran kegagalan menakluk Malaysia. 


Bagi polis, penganjuran acara seperti ini yang melibatkan keselamatan orang ramai pastinya tidak akan membenarkan permit dikeluarkan. Ini sekaligus boleh dikategorikan sebagai perhimpunan @ perarakan haram.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger