KENAIKAN HARGA MINYAK 20 SEN LAHIRKAN RAMAI PAKAR EKONOMI


Hanya kerana 20 sen maka lahirlah ramai pakar ekonomi di kalangan rakyat di Malaysia termasuk pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri. Namun, idea yang dilontarkan mereka tidak perlu diketepikan kerana jika ia benar menguntungkan negara dan rakyat adalah tidak salah untuk dilaksanakan.

Bagi kerajaan pula jangan pula terlalu ‘splastik’ dengan idea sendiri sehingga tidak menerima idea dan kritikan orang lain biarpun berbeza idealogi politik. Demi kelangsungan ekonomi negara dan rakyat, tidak salah kiranya kerajaan mendengar pandangan dan cadangan daripada rakyat.

Daripada pandangan rakyat, kerajaan perlu melakukan perbelanjaan berhemat. Antara cadangan yang dikemukakan rakyat ialah setiap menteri dan timbalan menteri serta pegawai-pegawai di bawahnya hendaklah mengurangkan perjalanan sekaligus menjimatkan perbelanjaan minyak dan keraian kerajaan yang membabitkan kos yang besar.

Cadangan di atas dipersetujui Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.

“Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif.

“Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak. Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara,” katanya lagi.

Pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat.

“Jumlah yang berjaya dijimatkan mungkin tidak besar. Tetapi, sekurang-kurangnya beban kenaikan tidak hanya dirasai oleh rakyat, malah pemimpin dan orang berpendapatan tinggi.

Menurutnya, sebarang isu ekonomi perlu ditangani secara serius oleh kerajaan.

“Kenaikan harga minyak misalnya bagaikan teori domino yang mempunyai kaitan dengan banyak perkara. Apabila harga minyak meningkat, golongan seperti peniaga, pemandu bas dan teksi dan ramai lagi akan terkesan.

“Malah, kos hidup yang tinggi juga boleh menjadi faktor peningkatan kes jenayah. Oleh itu, kerajaan perlu beri perhatian lebih dalam isu ekonomi.

Bagi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, beliau bersetuju dengan pandangan rakyat bahawa kerajaan perlu melakukan penjimatan. Cara paling mudah untuk mengurangkan defisit negara dan membantu menjana ekonomi adalah dengan memotong elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan.

Kerajaan mempunyai kira-kira 70 menteri penuh dan timbalan menteri. Dan, setiap menteri ada hampir lima pegawai, menjadikan jumlah mereka seramai 350 orang.

"Jika setiap orang diberikan elaun petrol RM1,000 selama sebulan, ia akan menjadi RM350,000 dan untuk tempoh setahun kerajaan perlu mengeluarkan RM4 juta untuk mereka.

"Jika elaun ini dipotong, ia dapat membantu kerajaan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat, ini juga akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka."

Amaran yang dikeluarkan Menteri KPDNKK ke atas peniaga yang ingkar jika menaikkan harga barangan keperluan termasuk makanan disebabkan kenaikan harga minyak tidak lengkap sekiranya tanpa tindakan. Malah boleh dikatakan kenaikan harga barangan ini telahpun berlaku sejak sebelum PRU-13 lagi disebabkan kenaikan gaji penjawat awam dan perayaan.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 6, 2013 at 4:41 PM

Semua elaun ADUN, MP, EXCO dari BN dan PR, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri perlu dipotong sebagai tanda simpati pada bebanan rakyat.

Yang menjadi punca subsidi petrol dipotong adalah nasihat jawatankuasa PEMANDU. Jadi kita pakat serang PEMANDU ni hingga dibubarkan.

Otak geliga
September 6, 2013 at 6:13 PM

bukan setakat elaun minyak.....elaun2 lain juga patut dikaji utk dikurangkan SEMENTARA memandangkan kedaan ekonomi negara....dah ok nnt, naikkan la balik elaun tu.

nak tgk senarai elaun tu boleh la rujuk di sini: http://plbgaimacam.blogspot.com/2012/11/senarai-penuh-gaji-dan-elaun-kerabat.html

tapi ini hanya sebahagian pihak2 yg perlu KASIHANkan rakyat kat bwh yg kurang berkemampuan ni supaya masing2 main peranan utk membantu negara. byk lg elaun2 yg boleh difikirkan utk dikurangkan buat sementara....mungkin ada senarai yg agak sensitif.....tp jika hendak berlaku adil, bukan shj rakyat yg perlu digalakkan berjimat ttp pemimpin juga WAJIB BERJIMAT....kan pemimpin menjadi contoh kpd rakyat?

Anonymous
September 6, 2013 at 8:30 PM

Lepas solat jumaat minum kopi ais belakang bank islam jln perak dah naik dari rm2 ke rm2.50. Menteri setakat beri amaran ajelah. Di pasar harga barang pun dah naik tapi tak ada langsung pemantauan. Keluhan rakyat bukan pada kenaikan harga minyak tapi kenaikan harga barangan lain yg lebih memberi kesan pada ekonomi rakyat marhaen. Tak kan kan itu pun kerajaan tak nampak. Pahamlah sikit susah sangat ke

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger