KEMEROSOTAN PASUKAN BOLA SEPAK SELANGOR DISEBABKAN KURANGNYA TAJAAN MENTERI BESAR SELANGOR


Akibat tersingkirnya pasukan bola sepak Selangor dalam saingan Piala Malaysia dan pemecatan jurulatihnya, Irfan Bakti telah menyebabkan penyokong Selangor menunding jari kepada pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Selangor khususnya Presiden FAS, Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor.

Kejayaan beberapa pasukan berstatus kelab khususnya PKNS yang merupakan ‘adik’ kepada pasukan Selangor yang turut berjaya memasuki pusingan suku akhir membuatkan Selangor tunduk malu.

Akibatnya, Pemuda PAS Selangor telah mengkritik pengurusan FAS dengan kekurangan penajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) telah menyebabkan Selangor kurang bermaya dan sebagai punca tersingkirnya dalam Piala Malaysia biarpun mempunyai pemain berstatus pemain negara.

Tidak hairanlah sekiranya ramai pemain Selangor akan angkat kaki tahun depan jika masalah kekurangan tajaan tidak dapat diselesaikan segera.

Tidak tahan dengan desakan dan kritikan, Presiden FAS, Khalid Ibrahim telah memberi kata dua kepada penyokong Selangor supaya membuat pilihan di antara "masjid atau bola".

"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.

"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?

"Jadi kita kena buat pilihan," katanya merujuk kepada desakan Pemuda PAS.

Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan mengkritik kekurangan penajaan MBI sehingga menyebabkan pemain seperti Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar cuba dipikat Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang lumayan.

Mohd Sany berkata kegagalan penaja menyalurkan penajaan akan menyebabkan pemain senior dan berbakat negeri itu berhijrah dan dibimbangi akan menyebabkan pasukan "gergasi bola sepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya".


MBI adalah penaja utama pasukan Selangor.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 25, 2013 at 11:06 AM

Bukan ke ramai orang kata Khalid Ibrahim ni pandai cari duit, tapi tengokkan situasi ketika ini serupa macam BODOH je nak kata Khalid Ibrahim tu pandai sangat bab2 duit ni.

September 25, 2013 at 6:20 PM

The question is priority. State budget is limited. Do we want to prioritise religion or football? Should we pay more to footballers than we do to religious students? JDT is privately funded and therefore the consideration is different.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger