KEMATIAN CHIN PENG DISAMBUT GEMBIRA RAKYAT MALAYSIA TETAPI DITANGISI PENYOKONG PEMBANGKANG


Ketika rakyat Malaysia gembira menyambut Hari Malaysia yang Ke-50 dalam suasana aman dan tenteram, tetapi tidak bagi penyokong Pakatan Pembangkang. Mereka meratapi kematian yang dianggap sebagai ‘pejuang negara’ iaitu kepala Komunis Malaysia, Chin Peng.

Bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok, demikian menurut Bangkok Post.

Tinggal dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan kembali ke Malaysia. Dengan kematian itu, cita-cita Chin Peng mahu menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara komunis tidak tercapai.


Namun, perjuangan ini diteruskan penyokong Pakatan Pembangkang dengan mengangkat Chin Peng sebagai negarawan. Ini dapat digambarkan menerusi beberapa kenyataan dan tindakan penyokong Pakatan Pembangkang yang ‘membela’ Chin Peng.



Chin Peng dibuang negara akibat keganasannya semasa menjadi kepala komunis dengan menyerang rakyat Malaysia yang tidak berdosa. Lebih memburukkan keadaan, Chin Peng dan komunis telah memperbanyakan ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim sepanjang memusuhi negara.


Bagi balu-balu dan anak-anak yatim yang kehilangan anggota keluarga semasa zaman komunis, kematian Chin Peng tidak wajar diingati. Bahkan ramai di kalangan mereka mahu kepala komunis itu mati lebih awal disebabkan keganasan yang pernah dilakukannya suatu ketika dulu.

Manakala, bagi kerajaan Malaysia, kerajaan tidak akan terlibat dalam mengurus mayat Chin Peng di Bangkok dan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa ke Malaysia.


Ini bertujuan menghormati kehendak rakyat Malaysia yang tidak mahu kepala komunis itu menjejak kaki mahupun abu mayat dibawa ke Malaysia.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 17, 2013 at 12:50 PM

akan ku kencingkan kuburnya jika ditanam mayatnye di malaysia...

Anonymous
September 17, 2013 at 4:33 PM

Tak ada otak betul mereka2 itu..

Anonymous
September 18, 2013 at 3:38 PM

Dah terang lagi bersuluh, DAP parti komunis sebab guna lambang tugu komunis di China. Ustaz komunis ramai dalam PAS, dah sesat pun. PKR penyokong syiah,lgbt dan segala maksiat!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger