KARPAL SINGH TERTUNDUK MALU APABILA DISERANG ISU LIWAT ANWAR


Dewan Rakyat hari ini gamat selepas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar membangkit isu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang menjadi peguam bela kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

Tindakan itu merupakan sikap tidak berintegriti kerana Karpal Singh pernah membuat tuduhan kepada Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat pada tahun 1998 dan tidak menarik balik kenyataan tersebut.

"Kalau dia (Karpal) merupakan seorang peguam yang berintegriti, saya cabar dia tarik balik tuduhan dia terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini. Adakah terdapat unsur kepentingan politik yang membuatkan beliau menjadi peguam bela kepada Anwar Ibrahim?."

Sebagai peguam yang terkenal, perkara yang melibatkan integriti tidak sepatutnya membelenggu beliau (Karpal)," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menambah, terdapat juga persoalan mengenai hubungan Karpal Singh dan Anwar Ibrahim selepas tersebarnya rekod urusniaga bernilai RM50 juta di antara kedua-dua pemimpin pembangkang itu.

Katanya, peguam di negara ini sepatutnya tidak membuat sesuatu perkara yang memperlihatkan seolah-olah peguam di Malaysia tidak berintegriti dan mudah dibeli dengan wang.

"Ini soal ciri-ciri Jabatan Guaman di Malaysia, mereka nampak seperti mudah dibeli dan perkara itu akan dipersoalkan oleh rakyat dan pihak-pihak dari luar negara.

“Peguam sepatutnya bekerja berlandaskan undang-undang dan menegakkan keadilan tetapi sekarang kita lihat peguam-peguam ini seperti mewakili pembangkang dan ini tidak sepatutnya dilakukan mereka.

"Majlis peguam tidak boleh bersikap memilih dengan menyatakan bahawa seringkali silap dalam sesuatu isu tetapi apabila ianya melibatkan pembangkang mereka terus senyap," katanya.


Noh menegaskan, Majlis Peguam sepatutnya bertindak membantu rakyat yang mempunyai masalah dan bukan hanya membantu ahli parlimen pembangkang.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 25, 2013 at 10:29 AM

Mintalah YB-YB perihatin tentang lulusan undang-undang IPTA yg TIDAK diiktiraf oleh Bar Council yg menyebabkan graduan-graduan (terutama bumiputra) TIDAK boleh dilantik sebagai PERGUAM bertauliah.

Herannya, kenapa tauliah sebagai peguam dipegang oleh Bar Council ?

Kan lebih baik jika pihak Jabatan Kehakiman yg memberi tauliah sebab Bar Council tu dah sanggup membalakangkan undang-undang untuk mencapai cita-cita politik peguam terkenal.

Tapi ade ke YB-YB baca luahan bapa lulusan undang-undang IPTA ?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger