JELAS CHIN PENG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA


Apapun alasan Pakatan Pembangkang, Chin Peng bukang warganegara Malaysia bersandarkan rekod yang terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan rekod JPN, Chin Peng tidak pernah menerima tawaran yang diberikan oleh kerajaan biarpun ditambah peluang kedua kali.

"Berdasarkan data JPN, Perjanjian Hat Yai telah memberikan dua kali (peluang) kepada beliau (Chin Peng) tetapi malangnya beliau menolak.

Pemimpin Pakatan Pembangkang mendesak kerajaan Malaysia membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa dan disemadikan di Malaysia.

"Mengikut semakan yang dilakukan JPN tidak ada rekod yang menyebut bahawa Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia kecuali beliau menggunakan nama lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini berdasarkan Perjanjian Hat Yai 1989 yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKM itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara pada masa itu.

Ahmad Zahid sekali lagi mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan desakan pihak tertentu yang mahu abu mayat Chin Peng di tanam di Malaysia.

"Ia bukan sahaja mengenai abu mayatnya. Kami bimbang seseorang akan membina tugu peringatannya dan memberi penghormatan kepadanya.

"Kita juga perlu mengambil kira perasaan anggota veteran tentera dan polis serta keluarga mereka yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng semasa mengetuai PKM," katanya.

Mayat bekas setiausaha agung PKM itu dibakar di Bangkok, Thailand semalam, seminggu selepas mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok pada 16 September lalu.


Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia selepas mengambil kira kekejaman yang dilakukannya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger