JANGAN HANYA TANGKAP JATUHKAN HUKUMAN BERAT


Tahniah kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menangkap kedua-dua kepala ‘komunis’ yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada petang semalam.

Penangkapan kedua-dua aktivis pembangkang itu dibuat atas laporan polis yang dibuat rakyat dan mendapatkan keterangan berhubung kejadian tersebut.

Apakah polis hanya menangkap bagi tujuan mendapatkan keterangan dan kemudian dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang dakwaan? Jika ini berlaku pasti mereka ini akan berbuat lagi dan menganggap tiada undang-undang khusus untuk pelaku seperti mereka biarpun secara terang melakukan perkara sedemikian.

Rakyat Malaysia tidak akan membuat laporan polis sekiranya tiada kesalahan yang dilakukan pihak-pihak penyokong pembangkang ini.


Mengibarkan bendera Sang Saka Malaya yang bukan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) pada malam kemerdekaan dan mengejek lagu Negaraku serta menggambar tarikh 31 Ogos sebagai tarik malapetaka adalah sesuatu yang keterlaluan dan melampaui batas.

Jika di Indonesia, sesiapa di kalangan rakyatnya yang menghina bendera Indonesia pastinya akan menerima padah dan hukuman setimpal.


Justeru, polis diminta untuk mengambil tindakan tegas dengan mengheret komunis ini untuk diadili dengan sewajarnya. Jika komunis ini ini dilepaskan begitu sahaja maka kreadibiliti polis akan terjejas memandangkan rakyat Malaysia sudah lali dengan penyokong pembangkang yang membuat kacau ini terlepas begitu sahaja seolah-olah mereka kebal  di sisi undang-undang. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 3, 2013 at 2:49 PM

Polis hanya berperanan membuat penyiasatan dan mengemukakan kepada Pejabat Pendakwaraya. Tugas Pendakwaraya menfailkan dakwaan dan mengherek mereka ini ke muka pengadilan. Tiada guna ISA dimansuhkan supaya apa juga jenis pesalah diberi peluang melalui proses pengadilan Mahkamah sekiranya Pendakwaraya tidak membuat sebarang pendakwaan.

Anonymous
September 3, 2013 at 3:29 PM

Si NYANYOK budin-fikir-dia-james bond INGGERIS-pala hotak-betul, ingat dia 'teror' sgtlah tu! Si mungkin-rent-boy-muka-macm-penagih-dadah sekoq lagi tu pun sama!

KDN dan juga JAKIM/JAWI, mesti juga masuk campur! Sebab penghinaan ke atas BENDERA JALUR GEMILANG tercinta kita, bukan saja mengancam Raja-Raja Melayu, PDRM serta keselamatan dan kedaulatan negara, tetapi mengancam Islam/umatnya, yg. juga dilambangkan oleh Jalur Gemilang kita.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger