HISHAMUDDIN RAIS TEMPLAK PRESIDEN PAS ABDUL HADI AWANG


Hanya kerana kenyataan positif Presiden PAS mengenai keterbukaan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO, blogger Pakatan Pembangkang  tukartiub.blogspot.com yang juga empunya blog Hishamuddin Rais telah menemplak Abdul Hadi Awang.

Kenyataan Abdul Hadi itu dilihat Hishamuddin sebagai pemimpin sudah hilang arah dan  "meroyan".

"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.

"Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengajuk Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil.

Abdul Hadi semalam dipetik sebagai berkata, PAS sedia untuk bekerjasama dengan UMNO termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
   
Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO boleh berada bersama di atas satu pentas. 
   
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
   
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya.

Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. 
  
"Pas pernah membuka pintu mengajak UMNO bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.
  

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara UMNO dan PAS untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 22, 2013 at 11:07 PM

Dia ni aku komen dalam blog tukar tiub dia tak pernah siarkan.Tapi takpelah sekurang2nya dia kena baca jugak masa nak tapis komen...mesti berasap..haha

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger