HANYA KERANA MINYAK NAIK RM0.20 PENGGUNA SANGGUP REMPUH STESEN MINYAK


Hanya kerana pengurangan subsidi minyak sebanyak RM0.20, rakyat Malaysia ramai mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak. Tidak cukup dengan itu, penyokong pembangkang menemplak kerajaan kononnya kenaikan harga minyak membebankan rakyat khususnya mereka yang mempunyai banyak kenderaan bermotor.

Akibatnya, mereka cuba membuat kacau dan melakukan perkara di luar kotak pemikiran mereka dengan melakukan cubaan sabotaj di stesen-stesen minyak. Angkara mereka ramai rakyat yang berbaris menunggu giliran untuk mengisi minyak tidak dapat berbuat demikian.

Lebih merugikan, terpaksa membayar ganti rugi yang bernilai ribuan ringgit disebabkan memusnahkan harta benda orang lain.


Jika sebelum ini pembangkang sibuk membandingkan apa yang berlaku di Malaysia dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia. Jadi kenapa dalam isu kenaikan harga minyak, mereka tidak pula membandingkan Malaysia dengan negara-negara berkenaan.


Apa pun pengurangan subsidi minyak ini bukanlah bersifat kekal sebaliknya berasaskan faktor harga minyak dunia di mana di beberapa negara pengeluar minyak dunia berdepan dengan krisis dalaman negara yang merunsing. Akibatnya, harga minyak dunia berubah dan mengakibatkan kesan ke atas negara-negara lain termasuk Malaysia. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger