EXCO KERAJAAN SELANGOR KE THAILAND BERI PENGHORMATAN KEPADA MAYAT CHIN PENG


Menjadi dasar Pakatan Pembangkang menyokong idealogi komunis dan menjadikan Chin Peng sebagai idola perjuangan mereka dalam konteks politik Malaysia.

Atas sebab itu beberapa barisan Exco Kerajaan Selangor yang diketuai Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim telah datang ke Thailand bagi menghadiri majlis memberi penghormatan terakhir kepada bekas ketua Komunis Malaya paling kejam mendiang Chin Peng.

Dianggarkan seramai 18 orang yang antaranya Exco Selangor dan pegawai kerajaan negeri berlepas ke Bangkok dari KLIA kira-kira jam 10 pagi pada 18 September iaitu pada hari Rabu lepas.

Keputusan barisan Exco Kerajaan Selangor berlepas ke Thailand ekoran keenganan Kerajaan Malaysia menerima kehadiran mayat mahupun abu mayat mendiang Chin Peng ke Malaysia. Ini susulan daripada kekejaman yang pernah dibuat Chin Peng ke atas rakyat Malaysia yang sehingga ke hari ini tidak dapat dilupakan.

Ada di kalangan mereka yang masih hidup khususnya para pejuang komunis yang terdiri daripaa bekas tentera dan polis. Demikian juga rakyat yang hidup zaman itu sehingga menyebabkan mereka kehilangan anggota keluarga dan cacat seumur hidup.

Bagi pemimpin Pakatan Pembangkang, mereka tidak merasai kehidupan masa itu bahkan secara sinis perbuatan mereka itu hanya bersifat politik. Ini kononnya mereka prihatin dan simpati ke atas kematian Chin Peng seperti yang pernah mereka buat ke atas kematian Teo Beng Hock.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger