DISEBABKAN 20 SEN PAKATAN PEMBANGKANG BERDEMO LAGI


Keputusan kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen bagi setiap liter minyak RON 95 dan diesel berkuatkuasa 3 September lalu menyebabkan ramai rakyat tidak berpuas hati terutama penyokong pembangkang.


Namun, tidak semua rakyat Malaysia membantah disebabkan harga minyak di Malaysia masih lagi murah berbanding negara-negara dunia yang lain dan keputusan kerajaan untuk menambah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun depan sebagai mengotakan janji Kerajaan BN.


Pada petang tadi, Dewan Pemuda PAS (DPP) Pahang telah mengadakan flash mob di Kuantan sebagai membantah pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan BN. Mereka mengadakan bantahan dengan mempamerkan banner di hadapan stesen minyak Shell.

Di Kuala Lumpur, sedang berlangsung ketika ini flash mob oleh penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang bertempat di Dataran Merdeka. Tujuannya hanya satu iaitu membantah pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen.

Dijangkakan flash mob ini akan berterusan di beberapa negeri di Malaysia seperti mana yang dianjurkan di Kuantan dan Dataran Merdeka.

Biarpun Pakatan Pembangkang membantah kenaikan harga minyak, tetapi di manakah wakil daripada kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam memberikan penerangan mahupun penjelasan berhubung rasional pengurangan subsidi minyak itu.


Sebaliknya menteri bertanggungjawab hanya mengeluarkan kenyataan dengan memberikan amaran kepada peniaga supaya jangan menaikkan harga barang. Harus diingat bahawa kenaikan harga barang tidak semestinya berlaku semasa kenaikan harga minyak bahkan kenaikan gaji penjawat awam pun harga barangan sudah naik. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 7, 2013 at 9:33 PM

Minta pas bgitau mcmmana nk imbang ekonomi kalau memanjang bagi subsidi.kalau cakap xguna otak gini ler jadinya.berdemo xtentu hala.hal agama melayu dipijak2 xreti pulak nak pertahankan.bodoh....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger