DAP TETAPKAN 29 SEPTEMBER SEBAGAI TARIKH PEMILIHAN SEMULA CEC DAP




Tarikh 29 September, Ahad, telah diambil DAP sebagai tarikh untuk diadakan semula pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Bagi Chong Chieng Jen, DAP Sarawak tidak mempunyai masalah dan menyokong keputusan untuk diadakan CEC DAP. Jika tidak diadakan, pasti akan berlaku masalah lain yang lebih memudaratkan parti di masa depan.

Adalah lebih baik diadakan semula CEC DAP mengikut arahan ROS. Jika perkara ini dibawa ke mahkamah akan membawa lebih banyak masalah. Masalah yang dihadapi pastinya membawa kepada pembubaran DAP secara tidak langsung.

“Sebab itulah kita (DAP Sarawak) terpaksa akur dengan keputusan CEC bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku,” tegas Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih.

Bagaimanapun selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Zairil sebagai ahli CEC.

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.


Berikutan aduan percanggahan proses pemilihan, ROS menggesa DAP mengadakan pemilihan baharu kerana badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger