DAP BUKAN PARTI MULTI KAUM SEBALIKNYA HANYA UNTUK ORANG CINA


Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mahu Anthony Loke Siew Fook melantik orang Melayu bagi menggantikan Karpal Singh dalam menjawat jawatan Pengerusi DAP jika benar DAP sebagai sebuah parti pelbagai kaum.

Ini susulan daripada tindakan dan perbuatan Karpal Singh dan DAP yang mempersenda serta mempermainkan orang Melayu dalam perjuangan DAP yang kononnya DAP sebagai parti pelbagai kaum. Hakikatnya DAP hanya untuk orang Cina dan perkara ini tidak dapat disangkal.

Jawapan Anthony terhadap persoalan Zulkifli ialah “beri pada orang Melayu atau dia sendiri?”

Seakan-akan sudah ada jawapan dan sememangnya jawapan itu merupakan jawapan selamat, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban menegaskan, faktor kaum tidak menjadi kayu ukur dalam memilih pemimpin DAP sebaliknya kebolehan dan pengalaman pemimpin tersebut yang akan dipertimbangkan.

“Dalam DAP, sesiapa sahaja yang dihormati dan diberikan mandat boleh menjadi pemimpin DAP, tanpa mengira latar belakang kaum atau agama dia.

“Tapi, kebiasaannya kita tidak melihat warna kulit untuk mempertimbangkan siapa yang menjadi pemimpin parti. Kita melihat kebolehan dan pengalaman beliau. Jadi faktor kaum tidak wujud,” katanya.

Katanya, selama 47 tahun DAP wujud, jawatan Pengerusi tidak pernah diberikan kepada pemimpin Melayu. Inikah yang dinamakan parti pelbagai kaum???


Sejak DAP ditubuhkan Dr Chen Man Hen memegang jawatan Pengerusi parti itu selama 31 tahun (1968-1999), Lim Kit Siang 5 tahun (1999 -2004) dan Karpal Singh 9 tahun (2004-2013).
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 25, 2013 at 5:44 PM

Dap diasas oleh Devan Nair bukan chen Man hen.Memanglah setelah itu Dap didominasi oleh cina.Pengerusinya sekarang Karpal Singh hanyalah boneka kpd Setiausahaagung Guan Eng dan bapanya selaku penasihat parti.

Org2 Melayu yg jadi ahli dan penyokong Dapig bukalah mata.Dapig tak ada Melayu dlm agendanya.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger