BIADAPNYA PELANCONG ASING KE ATAS KEPIMPINAN DAN RAKYAT MALAYSIA


Jika tidak ada angin manakan pokok bergoyang. Itulah yang boleh disimpulkan ke atas kejadian yang menimpa krew penerbitan Pelancongan Malaysia ketika membuat penggambaran bagi tujuan Tahun Melawat Malaysia di Kuching, Sarawak.

Ketika krew penerbitan Pelancongan Malaysia yang diketuai Fa’ain Fatihah Abdullah membuat penggambaran dan mahu bertanya kepada seorang pelancong daripada Austria yang dikenali sebagai Gerald.

Dengan sopan santun serta menghormati pelancong yang datang ke Malaysia, Fa’ain Fatihah telah bertanya sesuatu mengenai Malaysia.

Sebaliknya yang keluar daripada mulut Gerald ialah suatu penghinaan kepada orang Melayu dengan mengatakan “Melayu Bodoh” dan “Clown Melayu”.

Ini telah memeranjatkan krew lain seperti Mohd Hairey Azhar, Marina Sulaiman; yang diketuai oleh Encik Jumat (pemandu pelancong) pada 17 September 2013 yang lepas, iaitu sehari selepas sambutan Hari Malaysia di Kuching.

Demi kesejahteraan kaum, Fa’ain telah membuat laporan polis sebaik sahaja insiden itu berlaku.


Nampaknya, pelancong asing datang ke Malaysia pada hari ini mempunyai tujuan tertentu dan bukannya atas sebab melancong. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 20, 2013 at 5:03 PM

Kalu la aku ada kt tmpt tuh, mampos aku kerja kn pelancong sial tuh...pi berambus kalau nk menghina rakyat malaysia..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger