AGENDA TERSEMBUNYI PAKATAN PEMBANGKANG SELANGOR KE ATAS RAKYAT SABAH DAN SARAWAK


Dikala pemimpin UMNO menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan dalam kepimpinan tertinggi UMNO dan kesibukan PBB Sarawak dan PRS mengadakan mesyuarat perwakilan di peringkat cawangan dan negeri, Pakatan Pembangkang Selangor pula bijak menggunakan peluang itu untuk mendekati rakyat kedua-dua negeri Kepulauan Borneo.

Pada 21 September lepas (Sabtu) Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan rakyat Sabah dan Sarawak yang belajar mahupun bekerja di Selangor dan kawasan sekitarnya kononnya bagi merayakan Hari Malaysia.

Persoalan di sini kenapa Selangor dan bukan Pulau Pinang atau Kelantan? Ini semestinya membawa maksud yang besar meskipun tujuan utamanya untuk meraikan Hari Malaysia sebagai sandiwara sahaja.

Parti pemerintah Selangor ialah PKR dan dicaturi oleh DAP. PAS pula hanya sebagai gambaran hiasan sahaja. Pulau Pinang diperintah DAP manakala Kelantan semestinya PAS. Untuk menarik perhatian rakyat di kedua-dua negeri itu, PKR ialah parti yang sesuai memandangkan negeri itu mempunyai penduduk Bumiputera dan Melayu yang ramai.


Mesej PKR jelas bahawa untuk mengumpan rakyat Sarawak dengan menarik sokongan mereka menjelang PRN Sarawak ke-11 yang akan diadakan dalam tempoh 2 tahun lagi. Manakala, Sabah pula pastinya sasaran PRU-14 akan datang dalam tempoh 5 tahun lagi.

Tahniah Pakatan Pembangkang kerana berjaya menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk kepentingan politik mereka, tetapi di pihak BN apakah tindakan susulan? Ingat bahawa PRU-13 telah membuktikan segalanya yang pengundi muda adalah penentu kepada kemenangan dan kekalahan BN. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger