VIOLET YONG SYAKI LAPORAN POLIS DIBUAT ATAS KEPENTINGAN POLITIK KHAIRY DALAM PEMILIHAN UMNO




Senada dengan ‘bos’nya, Setiausaha DAP Sarawak, Violet Yong menganggap laporan polis yang dibuat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin semalan sebagai sia-sia sahaja.

Ini kerana DAP Sarawak tetap menyokong kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa “akhir-akhir ini pihak tertentu dalam BN termasuk Zahid (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) menggunakan peningkatan kadar jenayah dan insiden tembak sebagai alasan untuk memperkenalkan semula undang-undang pencegahan seperti EO.

Seolah-olah mengelak tuduhan Khairy itu, Violet Yong menggesa BN melihat isu sebenar yang cuba dibangkitkan oleh Chong berhubung kadar jenayah yang semakin membimbangkan. Dan, bukan melihat secara asas apa yang diperkatakan Chong.

Violet Yong juga mengesyaki laporan polis itu dibuat adalah demi kepentingan politiknya memandangkan pemilihan UMNO bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Saya tidak terkejut dengan tindakan Khairy ini memandangkan pemilihan UMNO bakal diadakan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Violet turut mempersoalkan mengapa kerajaan perlu menggunakan Ordinan Darurat (EO) untuk menangani jenayah. Dengan membandingkan negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand tidak perlu menggunakan undang-undang yang sama untuk memastikan keselamatan masyarakatnya.

“Adakah polis tidak berguna lagi hingga kita perlu bergantung kepada EO untuk menangkap penjenayah? Di Malaysia, kadar jenayah semakin meningkat tetapi keupayaan polis semakin menurun,” tambahnya.

Menjadi permainan pemimpin DAP yang lidah bercabang dengan sanggup memperjudikan keselamatan negara. Kini, baharulah pemimpin BN Pusat sedar bahawa pemimpin DAP Sarawak tidak kurang hebatnya dengan pemimpin DAP di Semenanjung mengenai persepsi lidah bercabang mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger