UTUSAN MELAYU: MAT SABU KELUARKAN KENYATAAN SIFATKAN “MAT INDERA SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN KOMUNIS”


Apa yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Melayu ialah kenyataan yang benar tanpa sebarang tokok tambah mahupun edit. Justeru, tiada sebarang niat untuk merendahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu berhubung kenyataannya yang menyifatkan Mat Indera sebagai pejuang negara dan bukannya komunis yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Tiada sebarang suntingan dan kenyataan itu diungkapkan sendiri Mat Sabu di hadapan orang ramai ketika berceramah di Kampung Padang Menora, Tasek Gelugor, dua tahun lalu dan bukannya direka oleh media.

Adalah menjadi hak dan tanggungjawab Utusan Melayu mempertahankan dirinya daripada sebarang provokasi daripada pihak yang kena tuduh.

Sebagai yang arif dengan sejarah, kenyataan Mat Sabu itu bertentangan dengan sejarah negara. Atas sebab itu wajarlah Utusan Melayu mengebahkannya demi mendapat pandangan dan makluman berhubung kebenaran sejarah.

Mohamad Sabu @ Mat Sabu memfailkan saman pada 21 Disember 2011 dengan menamakan Utusan Melayu dan Aziz sebagai defendan kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya berhubung serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos 2011 dan dua bahan terbitan pada keesokannya yang berunsur fitnah.

Pernyataan pembelaan pihak defendan pula menyatakan bahawa penyiaran artikel-artikel tersebut adalah benar dan ulasan yang saksama serta diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.


Dalam ceramah oleh Mat Sabu itu antara lain beliau menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah wira sebenar dan bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian itu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger