TUGAS AHLI PARLIMEN DAP LANANG HANYA BANTU TULIS SURAT RAYUAN KEPADA KERAJAAN




Peranan dan tugas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak BN yang banyak turun padang dan melayani rungutan serta menghulurkan bantuan kepada rakyat di lapangan yang memerlukan pertolongan.

Berbeza dengan tugas dan tanggungjawab Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau yang meminta dan menasihati orang ramai (rakyat Parlimen Lanang) supaya tampil dengan permohonan yang munasabah. Maksudnya di sini datang berjumpa dengan Ahli Parlimen dengan permohonan yang masuk akal dan bukannya dengan masalah yang remeh temeh.

Menurut Alice lagi beliau sebelum ini beberapa kali menghulurkan bantuan menulis surat rayuan kepada kerajaan bagi mendapatkan bantuan kewangan.

“Bentuk bantuan yang diperlukan itu perlulah munasabah, sama ada ia menjadi kepentingan awam ataupun mereka betul-betul dalam keadaan terdesak.

“Ini agak sukar untuk diri saya menghulurkan bantuan sekiranya bantuan yang diperlukan itu di luar skop tugas sebagai wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, bagi yang mempunyai masalah kesihatan dan berhasrat menggunakan khidmatnya, beliau menasihati mereka agar mendapatkan pengesahan daripada doktor.

“Saya harap selepas ini, tiada lagi yang akan tampil dengan permohonan tidak munasabah.

“Ramai daripada mereka mendapat apa yang mereka berhak untuk dapat, tetapi masih mahukan yang lebih. Ini tidak adil kepada orang lain,” katanya.

Inilah tugas dan luahan Ahli Parlimen DAP Lanang yang baru sahaja dipilih dalam PRU-13 kepada rakyat Parlimen Lanang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger