TOKONG LIM GUAN ENG SAMSENG POLITIK DI MALAYSIA






Jika gelaran samseng diberikan oleh pemimpin BN ke atas pemimpin Pakatan Pembangkang itu dikatakan sebagai musuh politik, tetapi jika bekas rakan separti menggelar pemimpin parti politik itu sebagai samseng, itu baharulah samseng.

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim secara lantang menggelar Setiausaha DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai ‘samseng’ politik.

Guan Eng dikatakan sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'mengugut' Pendaftar Pertubuhan (ROS) demi menutup segala penyelewengan parti itu daripada terbongkar. Juga, mempertahankan egonya sebagai pemimpin berstatus tinggi.

Perbuatan Guan Eng itu disifatkan sebagai tertekan dengan desakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) oleh ROS dan akar umbi DAP sehingga terpaksa menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi mata umum.

Dalam hal ini ROS tidak perlu mengikut kehendak Guan Eng dan DAP yang kini dilihat mahu menjatuhkan maruah ROS sebagai badan bertanggungjawab dalam hal pertubuhan.

"Guan Eng memang ingat beliau kebal daripada undang-undang. Siapa dia untuk memberi kata dua kepada ROS? Penubuhan DAP adalah di bawah bidang kuasa ROS, bukan sebaliknya. Anak beranak, Lim Kit Siang dan Guan Eng sering menganggap mereka kebal undang-undang.

"Tidak cukup dengan itu, Guan Eng sekali lagi menuding jari dan melemparkan fitnah kepada kerajaan serta media arus perdana sebagai punca kejadian salah kira undi serta dakwaan-dakwaan lain. Mengapa orang lain pula dipersalahkan untuk kesalahan dilakukan anak-beranak itu.

Tunku Abdul Aziz mengulas kenyataan terbaharu Guan Eng cuba mencabar ROS supaya mengadakan pertemuan bersyarat sekiranya mahu parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Guan Eng dalam satu kenyataan kelmarin turut mengugut untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times berikutan berita-berita dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti itu Disember lepas.

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi.

Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada 15 Disember lalu.

Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama iaitu Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.

Sebelum itu, tiga minggu selepas pemilihan berlangsung, DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal pengiraan pengundian.

Ekoran kesilapan tersebut, wakil Melayu, Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng kemudian berjaya menduduki kedudukan terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi.

Tunku Abdul Aziz meminta Guan Eng supaya berhenti berdolak-dalik sebaliknya akur kepada desakan akar umbi supaya diadakan pemilihan semula.

"Adakah mereka takut sangat dinasti Lim akan tumbang jika diadakan semula pemilihan? Jika benar-benar telus seperti slogan mereka, ikutlah kehendak akar umbi.

"Guan Eng perlu berhenti daripada memutarbelitkan isu ini seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana berlaku penyelewengan dalam pemilihan sebelum ini," ujarnya.

Kini terpulanglah kepada ROS sama ada hendak bertindak tegas mahupun mengikut telunjuk Guan Eng yang dilihat semakin biadap.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 11, 2013 at 6:06 PM

CINA DAPBIAWAK/PKR, sya syaki bukan hanya SAMSENG GANAS politik!


Lihat berita terbaru yg amat MENGGERUNKAN psl GENG KONGSI GELAP CINA/INDIA! Yg gerunnya, ada Cina kongsi Gelap kerja dlm hartanah (real estate), maka ini amatlah MEMBIMBANGkan bila makin banyak rumah/kedai/kpg Islam/Melayu, TERBAKAR - Hari Raya ini bukan main banyak lagi kebakaran, termasuk kebasaran besar di kpg air di Sandakan, kpg-kpg di Bayan baru, Datuk Keramat, Kucing, Sentul dsbnya! Saya syaki mungkin kebakaran-kebakaran ini berkaitan dgn nak ambil tanah kpg, kedai atau nak halau/bunuh umat Islam/Melayu dari kwsn perumahan/kpg! Bila penduduk/tuan rumah terpaksa pindah - maka apa jadi pd. TANAH yg kebakaran rumah/kpg-kpg ini? Dan siapa DALANG utama yg menaja Cina yg jadi 'pelabur' dlm geng kongsi gelap ini?

Dan saya syaki geng kongsi gelap yg besar makin ditaja oleh CINA SAMSENG DAPBIAWAK/PKR yg sekutunya, Barat-Israel. Bahkan CIA-MI6-Mossad juga terlibat dalam sindiket dadah/senjata api global, seperti yang ditaja besar-besaran mereka di Afghanistan, Mexico dan Latin Amerika ( lihat http://www.intrepidreport.com/archives/968, Zeta gang connected to U.S. Special Forces/Mossad, By Wayne Madsen, March 10, 2011!). Ini adalah untuk menghancurkan moral jenerasi muda dan meningkatkan JENAYAH termasuk akibat penggunaan dadah/senjata api, untuk menghuru-harakan negara, di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, yang kaya minyak-gas. Jadi senanglah mereka nak MENJAJAH!

Jadi, KDN mesti buat RISIKAN segera - sebab ini amat merbahaya buat Islam/umatnya dan negara pusaka kita ini.

Sila lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/10/Gang-36-one-of-the-most-feared-in-the-nation.aspx, Gang 36 one of the most feared in the nation, Saturday August 10, 2013:

KUALA LUMPUR: Gang 36 was originally made up of Chinese members before it was taken over by Indians to become one of the most feared secret societies in the country…..The expert said there were still Chinese members in Gang 36, but they played a more passive role as “investors”. They pour money into the gang to fund its activities which allow them to double their money.

“Most of the time they would have legitimate jobs like in real estate.”

…..He said the fear surrounding Gang 36 had led to many thugs just using its name to set up their own units, adding that membership was hard to verify with it being such a loose organisation…..

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger