TINDAKAN DAP BUAT JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA MARAH





Permintaan akar umbi DAP sebelum ini mahu DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) setelah DAP melanggar prosedur pemilihan CEC yang diadakan Disember 2012. Dan, pemimpin tertinggi DAP wajar mengikut kehendak ahli parti kerana itu keputusan terbaik.

Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, langkah itu juga menunjukkan ketulusan kepimpinan DAP berpegang pada janji mereka kepada umum untuk melaksanakan apa juga keputusan yang diumum oleh ROS.

Abdul Rahman turut menjelaskan semua perkara berhubung pertubuhan diurus berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 dan ROS membuat keputusan berpandukan penjelasan yang diberi oleh pihak terlibat.

"Dalam hal ini, ROS telah menyatakan pendiriannya yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Pemimpin DAP sebenarnya sendiri tahu mereka tidak memberi penjelasan yang memuaskan dan risiko yang mereka ambil," katanya.

Menurut Abdul Rahman, Akta Pertubuhan 1966 juga tidak memperuntukkan keperluan ROS menjelaskan mengapa mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi.

"Perkara utama yang perlu difahami ialah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh ROS bertepatan dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 bukan desakan atau dendam.

"Bahkan ROS telah mengambil sikap yang terlalu humanistic menguruskan pemimpin DAP walaupun beberapa kali difitnah khususnya sepanjang pilihan raya umum yang lalu atas dasar politik," katanya.

Kenyataan Abdul Rahman itu menyusul ekoran respons Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng DAP yang mempersoal peruntukan undang-undang yang digunakan oleh ROS dalam memutuskan DAP perlu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Guan Eng juga dilapor berkata, DAP tidak akan mematuhi arahan ROS itu selagi tuntutannya mengenai perkara berkenaan tidak dijelaskan sepenuhnya.

Pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, dakwaan pemimpin DAP bahawa mereka telah memberi kerjasama penuh kepada ROS adalah tidak tepat kerana sepanjang siasatan mereka sering meminta penundaan tarikh atau memendekkan masa proses siasatan atas alasan sibuk dengan hal politik kepartian mereka.

"Mereka juga sering kali menangguhkan penghantaran maklumat yang diperlukan ataupun tidak menyediakannya walaupun perkara itu telah dinyatakan kepada mereka lebih awal," katanya yang menyifatkan keengganan DAP mematuhi keputusan ROS sebagai sangat mendukacitakan.

Justeru, kini Lim Guan Eng tiada lagi alasan untuk tidak melakukan semula pemilihan CEC seperti yang dikehendaki ahli-ahli DAP yang lain.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger