TAKTIK KOTOR ANWAR IBRAHIM TERBONGKAR




Kerajaan Perpaduan merupakan idea Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri menerusi taktik yang kotor. Mana tidaknya kotor, berikut disenaraikan 3 syarat Kerajaan Perpaduan idea Anwar Ibrahim.

Tiga syarat tersebut ialah: 1. Melantik Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, 2. Melantik empat (4) Ahli Parlimen PKR sebagai menteri dan 3. Memecat Menteri Besar Selangor dengan memberikan kebebasan kepada Najib memilih siapa pengganti kekosongan itu.

Dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel pada Isnin lalu, Anwar mendakwa, kononnya Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PKR tetapi beliau menolaknya.

Seperti tidak tahu malu, Anwar menggunakan nama UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam menjual idea Kerajaan Perpaduan.

Begitupun, nama Kerajaan Perpaduan bukanlah asing bagi UMNO kerana sebelum ini pernah tercetus idea tersebut bersama PAS. Idea ini telah dicetuskan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, tetapi mendapat tentangan daripada pemimpin PAS dari kalangan profesional dan golongan Anwarinas.

Idea Kerajaan Perpaduan tajaan Anwar ini juga diketahui lebih awal oleh pemimpin PAS kerana terdesak mahukan kuasa sehingga sanggup membelakangkan parti komponen Pakatan Pembangkang.

Menurut pemerhati politik, menerusi idea Kerajaan Perpaduan, Anwar boleh mencucuk dengan lebih dalam jarumnya dalam menuju cita-citanya sebagai Perdana Menteri. Ini disebabkan Anwar sebelum ini kecewa kerana tidak berjaya menjadi Perdana Menteri setelah Pakatan Pembangkang gagal menang majoriti dalam PRU-13. Dan, sehingga kini Pakatan Pembangkang masih belum menerima kegagalan mereka dalam PRU-13 sebaliknya menerima kemenangan mereka di beberapa kawasan Parlimen termasuklah di Parlimen Permatang Pauh.

Seperti biasa, Anwar yang turut dikenali sebagai ‘datuk’ propaganda mahu ‘bikin’ cerita kononnya Perdana Menteri berpakat untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PKR. Najib diserang dan menyatakan beliau dan UMNO sudah terdesak sehingga terpaksa menawarkan peluang kepada Anwar. Dengan cara ini penyokong pembangkang melihat Najib sebagai Perdana Menteri yang dalam kecelaruan.

Seolah-olah propagandanya berjaya, Anwar segera berlakon, konon-kononnya menolak kerjasama itu kerana UMNO dan medianya bersifat perkauman.

Namun, lakonan Anwar itu sudah pun dapat dibaca blogger-blogger lain yang pro-kerajaan dengan segera menganalisis permainan cilik itu. Cuma yang sedikit terkilan apabila Pejabat Perdana Menteri lambat mengeluarkan kenyataan media biarpun perkara ini sudah 5 hari berlalu.

Apakah peranan bahagian media Pejabat Perdana Menteri dalam menangani isu ini?
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 18, 2013 at 12:00 PM

bhg media di PMO tido kekenyangan....banyak sgt open house raya ni.....tapi tak apa, blogger ramai yg secara sukarela sambil beraya, menulis dlm blog, membantu menerangkan cerita sebenarnya.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger