SUPP MENGALAMI NASIB YANG SAMA SEPERTI DAP




Selain DAP, sebuah lagi parti politik yang juga komponen BN, iaitu Sarawak United People Party (SUPP) sebuah parti pelbagai kaum di Sarawak juga mengalami nasib yang sama seperti DAP iaitu berdepan dengan tindakan daripada Jabatan Pendaftar Persatuan (ROS).

Seperti DAP, SUPP juga sedang menunggu keputusan ROS daripada mengenai nasib dan masa depan parti itu.

Berbeza sedikit dengan DAP, SUPP masih belum menerima keputusan ROS dan hanya menunggu keputusan ROS. Menurut Presiden SUPP, Tan Sri Peter Chin keputusan ROS itu sangat penting bagi menentukan langkah seterusnya yang boleh diambil bagi menyelamatkan SUPP.

Pada 6 Jun lalu, SUPP telah diberikan surat tunjuk sebab bagi aduan salah laku yang didakwa dilakukan oleh dua cawangannya iaitu DUN Piasau dan DUN Bekenu semasa Persidangan Delegasi Tiga Tahun Sekali (TDC) SUPP pada Disember 2011.

Selain isu kedua-dua DUN itu, SUPP sebagai parti tertua di Sarawak, berpecah kepada dua puak menjelang pilihan raya pada 2011 dengan satu puak diketuai Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh dan satu puak lagi diketuai Tan Sri Peter Chin.

Aduan dibuat mengenai 14 cawangannya sebelum dan selepas TDC berkenaan berhubung salah laku dan perlanggaran perlembagaan parti tetapi hanya cawangan Piasau dan cawangan Bekenu sahaja yang diberi surat tunjuk sebab.

TDC parti didakwa dicemari salah laku yang mendorong puak Wong memulaukannya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger