SANDIWARA ANWAR BERULANG LAGI CUBA HERET KARPAL SINGH




Persoalan yang bermain diminta rakyat Malaysia yang mengambil berat akan politik Malaysia ialah kenapa Anwar Ibrahim tidak mengambil tindakan mahkamah dalam isu surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal sebaliknya hanya membuat laporan polis? Apakah sandiwara politik Anwar kini berulang lagi?

Menurut bekas rakan Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, semasa isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar dahulu, beliau juga enggan membawa ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendedahkan video itu ke mahkamah tetapi sebaliknya hanya membuat laporan polis.

Dan, apabila laporan polis itu disiasat dengan hasil siasatan forensik mendapati video tersebut sahih dan benar, beliau pula menyatakan perkara itu adalah satu konspirasi dan memperlekeh kredibiliti polis.

Berkemungkinan laporan polis yang baharu dibuat Anwar Ibrahim dan Karpal Singh ini bersifat sandiwara berulang dan akan mencetuskan situasi yang sama.

"Laporan polis Anwar kali ini juga jelas merupakan sandiwara politik yang menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang untuk memperlekehkan apa jua hasil siasatan pihak polis jika tidak memihak kepada beliau nanti.

"Dengan ini saya cabar Anwar supaya mengambil tindakan mahkamah dalam isu surat misteri itu terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu tanpa berlengah lagi jika benar beliau tidak bersalah.

Ini susulan daripada pendedahan bekas calon BN di Parlimen Permatang Pauh yang menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus-niaga' antara Anwar dan Karpal.

Melihat kepada tindakan Anwar dan Karpal ini tidak ubah seperti strategi biasa bagi menyelamatkannya daripada kecelakaan ciptaannya sendiri.

Sepatutnya Anwar dan Karpal membawa isu ini ke mahkamah untuk membersihkan diri daripada tuduhan berat tersebut dan bukannya membuat laporan polis. Ini kerana jika laporan polis itu disiasat dan hasilnya sama seperti keputusan video itu maka Anwar dan karpal akan mencari jalan untuk menafikan kesahihan keputusan itu.

Jika tidak percaya, tunggu sehingga laporan polis yang dibuat Anwar dan Karpal Singh itu disiasat. Lihat tindakan susulan mereka berdua itu nanti.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 10, 2013 at 9:31 AM

he..he..he....agak nya berapa tan duit yg nuar kasi pada gani anak pak petai dan seluruh hakim & pendakwaraya di jabatan AG dan jab kehakiman selama ini ya????? jgn harap la akan ada pendakwaan terhadap nuar dalam kes ini...kalau ada pun sekadar melepas batuk di tangga jer.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger