RAFIZI JAMBU SEMAKIN SOMBONG DAN ANGKUH




Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan mereka (Pakatan Pembangkang) akan terus menekan SPR dan Kerajaan dalam isu dakwat kekal. Ini ekoran kekalahan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 lepas sehingga cita-cita mereka untuk memerintah Malaysia gagal.

Tidak cukup dengan itu, tegas Rafizi bahawa Pakatan Pembangkang akan terus mendedahkan apa sahaja isu yang mampu membawa kepada kemaluan SPR dan Kerajaan. Pendedahan demi pendedahan akan terus dilakukan seperti mana yang pernah dilakukan Pakatan Pembangkang sebelum ini.

Setelah beberapa siri pendedahan berhubung isu dakwat kekal, Pakatan Pembangkang telah menemui beberapa lagi maklumat tambahan dan akan didedahkan kepada umum pada masa yang sesuai. Ini sekaligus akan memberikan tekanan kepada SPR dan Kerajaan.


Namun, sehingga kini dan menjadi persoalan kepada rakyat apabila empunya badan Rafizi Ramli gagal menjawab tuduhan SPR berhubung maklumat yang telah didedahkannya sebelum ini.

SPR sebelum ini telah menjawab tuduhan Rafizi berhubung syarikat yang menjadi pembekal dakwat kekal dalam PRU-13. Begitupun, tuduhan SPR terhadap Rafizi sehingga kini masih belum terjawab.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger