PKR SARAWAK BENGANG DAP BUKA 21 LAGI CAWANGAN DAP DI SARAWAK





Keputusan DAP yang akan membuka 21 cawangan DAP di kawasan luar bandar di Sarawak sebagai persiapan menghadapi PRN Sarawak Ke-11 akan datang telah mengundang kemarahan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.

Namun, Baru Bian tidak mendapat berbuat apa-apa memandangkan DAP lebih berkuasa daripada PKR. Malah, Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang sendiri tidak mampu menahan atau mengubah keputusan DAP.

Bercakap kepada pemberita, Chong Chieng Jen yang mengambil alih jawatan Pengerusi DAP Sarawak daripada Wong Ho Leng selepas PRU-13 lepas mengumumkan bahawa DAP Sarawak akan membuka 21 cawangan DAP di kawasan luar bandar dalam tempoh 2 bulan ini.

Mengambil keputusan kekalahan banyak kerusi Pakatan Pembangkang khususnya PKR dalam PRN Sarawak Ke-10 lepas telah menyebabkan DAP tiada cara lain kecuali membuka lebih banyak cawangan di kawasan luar bandar.

PKR yang sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk meraih sokongan pengundi Bumiputera di kawasan luar bandar ternyata gagal dalam menjalankan fungsinya. Disebabkan PKR Sarawak juga tidak mempunyai dana berbanding DAP maka mahu tidak mahu DAP terpaksa turun padang bagi menyelesaikan masalah ini.

Antara kawasan yang menjadi sasaran DAP dalam membuka 21 cawangan DAP dalam tempoh 2 bulan ini ialah Tasik Biru, Kedup, Bengoh, Tarat, Balai Ringin, Simanggang, Engkilili, Bukit Saban, Pakan, Meluan, Ngemah, Katibas, Pelagus, Belaga, Kakus, Kemena, Marudi, Bekenu, Bukit Kota and Batu Danau.

Menggunakan tema DAP ‘Ubah’ dalam pembukaan setiap cawangan DAP di kawasan luar bandar dengan memfokuskan kepada perubahan ke atas landskap politik Sarawak dengan menukar kerajaan yang baharu (Pakatan Pembangkang).

Untuk memastikan Pakatan Pembangkang dapat memperoleh sokongan dan seterusnya merampas kerajaan daripada BN, DAP bercadang akan bertanding di 30 kerusi DUN dalam PRN Sarawak ke-11 akan datang selain cuba mengekalkan kemenangan di DUN Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau and Pujut.

Sehingga kini, DAP sudahpun selesai membuka cawangan di beberapa bahagian seperti Serian, Mukah, Kapit, Limbang and Lawas dalam persiapan menghadapi PRU-13 sebelum ini.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger