PENINGKATAN KADAR JENAYAH DI MALAYSIA ANGKARA TINDAKAN PAKATAN PEMBANGKANG




 Peningkatan kadar jenayah khususnya yang membabitkan pembunuhan menggunakan senjata api di Semenanjung sejak kebelakangan ini disebabkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO).

Kedua-dua akta ini dimansuhkan kerajaan berikutan desakan Pakatan Pembangkang di mana kebanyakan ahli dan pemimpin mereka telah merasai akta ini terutama ISA. Namun, di sebalik pemansuhan ini kesan jangka panjangnya telah menjurus kepada peningkatan jenayah senjata api yang kini sangat menakutkan rakyat.

Hampir setiap hari ada kes pembunuhan sama ada bersifat dendam mahupun kerana perniagaan. Ini telah membawa kepada ketidakstabilan kesejahteraan yang seharusnya dimiliki rakyat kesan ekonomi Malaysia yang dalam suasana baik.

PAS dan PKR menentang akta ISA dan EO diperkenalkan dengan hanya mengatakan kedua-dua akta ini bersifat zalim, mudah disalahgunakan untuk tujuan lain dan tidak adil dari sudut Islam. Pun begitu, kedua-dua akta ini jika dilaksanakan kembali mampu untuk mengurangkan kadar jenayah yang sedang berlaku kini.

Hanya kerana kebanyakan pemimpin PAS dan PKR pernah merasai kedua-dua akta ini dan bersifat kepentingan peribadi maka akta ini tidak wajar dikembalikan. Manakala, bagi pemimpin BN adalah wajar ISA dan EO ini diwujudkan semula bagi mengembalikan keamanan Malaysia. Berbeza dengan negara jiran seperti Singapura dan Thailand yang sebelum ini mencontohi Malaysia dalam menguatkuasakan ISA dan EO, tetapi sekarang Malaysia telah kembali ke belakang.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mahu kerajaan terus menolak kedua-dua akta ini dan menggunakan akta lain untuk menyelesaikan masalah jenayah berkaitan senjata api.

Katanya, sekiranya benar bekas tahanan EO di belakang jenayah berat, polis boleh menahan mereka di bawah Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen dan melakukan jenayah.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, cadangan untuk memperkenalkan semula ISA tidak wajar perkara itu dibangkitkan kerana sudah tiada nilai untuk diperdebatkan.

“Tidak ada alasan kukuh supaya kembalikan semula ISA.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger