PENGKHIANAT NEGARA HANYA DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA 7 TAHUN



 
Penjara 7 tahun namun telah mengakibatkan pejuang-pejuang negara dalam mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi  P. Ravinthran telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61,kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah. Bagaimanapun hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap 2 Mac.

Dalam kejadian Lahad Datu, Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.

Menurut Ravinthran hukuman penjara itu dijatuhkan dengan maksimum ke atas Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa. Malah, perbuatan Hassan itu selayaknya tidak sewajarnya dilakukan oleh warganegara Malaysia.

"Anda adalah pegawai Cawangan Khas di Lahad Datu dan anda terima maklumat ini (mengenai pencerobohan di Kampung Tanduo). Jadi anda berada dalam kategori berbeza kerana anda wajib mendedahkan maklumat seumpama itu.

"Oleh itu, hanya sedikit sahaja penghargaan patut diberikan kepada perkhidmatan anda yang lama (38 tahun) dalam pasukan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Dalam penghakimannya, Ravinthran berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tiga fakta yang dikemukakan dalam perbicaraan peringkat kes pendakwa selama empat hari dari 24 Jun.

Beliau berkata, saksi pertama yang dilindungi telah memberikan maklumat amat penting kepada Hassan pada Januari mengenai hasrat pasukan yang dipanggil Pasukan Tentera Diraja Sulu untuk memasuki Sabah, yang Hassan gagal dedahkan kepada pegawai atasannya.

Beliau juga berkata, tiga transkrip panggilan telefon yang dipintas memperkukuhkan lagi niat Hassan untuk menyembunyikan maklumat pencerobohan oleh pasukan tentera berkenaan.

Walaupun pencerobohan itu tidak berlaku semasa Hassan diberitahu mengenai pencerobohan yang bakal berlaku itu oleh saksi yang dilindungi, Ravinthran berkata pencerobohan itu akhirnya berlaku dan pasukan keselamatan boleh bersedia untuk mencegahnya daripada berlaku sekiranya Hassan memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasannya.

Terdahulu, semasa meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sebagai pengajaran, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dan tertuduh menyumbang kepada perkara itu.

"Niat tertuduh untuk tidak memaklumkan pegawai atasannya telah menyebabkan anggota keselamatan kita cedera dan terbunuh semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

"Keluarga mereka telah kehilangan orang tersayang. Kerajaan membelanjakan banyak wang untuk memastikan keselamatan rakyat yang terjejas. Ini tidak termasuk kerosakan banyak harta benda.

"Ini adalah perbuatan khianat terhadap negara kerana sebagai anggota polis, beliau (Hassan) bertanggungjawab melindungi orang ramai. Oleh itu, beliau tidak setia kepada pasukan polis," kata Nordin.

Peguam Ram Singh berkata, pihak pembelaan akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hassan kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan dan bersalaman serta memeluk anggota keluarganya yang menangis, sebelum dia dibawa keluar.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger