PENDEDAHAN TV3 BERKENAAN LAPORAN BANKLEAKS ANWAR/ KARPAL MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA



 
TV3 telah mendedahkan bagaimana bekas calon BN di Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail telah menerima hampir 6,000 aporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, meminta Karpal dan Anwar memberi penjelasan berhubung isi kandungan surat itu.

Perbuatan itu dikatakan merujuk kepada beliau sebagai bekas calon BN yang boleh bersuara dalam mendedahkan keperihalan Anwar dan Karpal berhubung akaun bank milik mereka berdua.

"Memandangkan saya tidak lagi menjadi calon BN, mungkin mereka beranggapan saya tiada komitmen lain dan merupakan orang paling sesuai untuk membantu mereka bagi mendapatkan penjelasan," katanya.

Mazlan yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri memberitahu, beliau tidak mahu mengulas tentang kandungan surat berkenaan kerana melibatkan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Setelah diselidiki laporan Bankleaks Anwar/Karpal yang diedarkan kepada penduduk di kawasan ini sejak beberapa hari lalu didakwa ditulis oleh bekas kakitangan pejabat guaman di Kuala Lumpur.

Menurut penulis laporan setebal lapan muka surat itu, dia terpaksa merahsiakan identitinya atas faktor keselamatan. Tujuannya ialah rasa tanggungjawab kerana maklumat yang disimpannya selama ini terlalu penting.

Menurut kandungan laporan itu, sejak 2008, dakwanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat beberapa pembayaran guaman berjumlah jutaan ringgit.

Bagi membuktikan perakuannya itu benar, dia menyenaraikan beberapa akaun bank yang dikatakan milik Anwar dan baki setakat 15 Februari lalu.

"Saya sangat berharap agar penduduk Permatang Pauh dapat berbuat sesuatu daripada pendedahan ini," katanya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Karpal gagal kerana difahamkan beliau masih berada di hospital.

Nampaknya, permainan Anwar Ibrahim ni semakin menarik.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger