PEMINJAM PTPTN MINTA TOLONG RAFIZI RAMLI DALAM ISU CCRIS PTPTN




Tidak sampai 24 jam kenyataan Tindakan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung peminjam Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar hutang PTPTN akan disenaraikan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bermula bulan Ogos ini telah mendapat perhatian serius daripada PKR dan Pakatan Pembangkang.

Menteri Pendidikan itu telah berjaya memberikan bola tanggung kepada PKR dan Pakatan Pembangkang dalam soal PTPTN yang sememangnya menjadi duri dalam daging bagi rakyat Malaysia khususnya golongan muda lepasan IPT.

Rafizi Ramli dan PKR mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam CCRIS yang disifatkan sebagai lebih membebankan rakyat.

Menurut Rafizi, langkah untuk menyenaraikan peminjam dalam CCRIS merupakan satu 'ugutan dan hukuman' serta perbuatan yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat, terutama golongan muda.

Tambah Rafizi lagi, apabila maklumat pembayaran dan pinjaman PTPTN disenaraikan di dalam CCRIS, ia membolehkan institusi kewangan menambah rekod peminjaman PTPTN sebagai kriteria baru menilai kedudukan kredit kewangan seseorang.

Bagi mewakili golongan yang ditindas itu, PKR akan menggerakkan kempen di seluruh negara untuk menentang hasrat kerajaan sehinggalah ia dibatalkan oleh kerajaan.

Oleh itu, biarlah selepas ini Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh sahaja yang menjawab tohmahan Pakatan Pembangkang. Sendiri buat sendiri tanggung.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
August 20, 2013 at 10:53 PM

Pr berjanji mas pru 13 mng hapus ptptn bn mng juga jd tak perlu la rafizi ke sape ke dok kemaruk dgn isu ni rakyat dh buat pilihan tak mau hapus ptptn dh le biar la rakyat rasa manisnya rafizi jng la bg hempeduplk

Anonymous
August 20, 2013 at 10:56 PM

Woi wira enggang tu bkn tohmahan pembangkang tp kenyataaan idris sendiri apa ra lu

August 22, 2013 at 3:27 PM

Terima kasih bapak
Tulisannya cukup mengesankan

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger